Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 12 November 2011

Highway to hell



Leap...passenger flees the flames

A MAN leaps from a blazing overturned van as pals battle to free another passenger.

All seven people in the vehicle scrambled clear — just seconds before it was engulfed in flames.
The van mysteriously flipped on to its side after smoke began pouring from under the chassis.
The driver escaped first — then helped others out one by one. Incredibly, no passing motorists stopped during the morning rush hour in Xi'an, China.
Escape ... a man jumps clear



Kg Baru: Sekretariat cabar Raja Nong Chik bukti Datuk Bandar YDP MAS



Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengemukakan bukti bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Yang Dipertua Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru.
Pengerusinya Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mengharapkan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dapat membuktikan  sama ada terdapat surat atau dokumen berkaitan yang mengesahkan Datuk Bandar sebagai ketua MAS.
“Saya cabar Raja Nong Chik (gambar) untuk buktikan kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan Datuk Bandar adalah Yang Dipertua MAS dan jika benar, kemukakan bukti dokumen berkenaan dan nyatakan mesyuarat jawatankuasa MAS yang pernah dihadiri beliau (datuk bandar),” katanya.

Khairy: NFC tak seleweng, cuma labur beli apartmen mewah RM10j



Khairy Jamaluddin mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada projek National Feedlot Corporation (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sambil berkata, tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu sebaliknya ia merupakan satu bentuk “pelaburan yang paling selamat.”
Sehubungan itu Ketua Pemuda Umno ini menegaskan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu NFC.
“Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartmen One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah? PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api,” kata Khairy (gambar) yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com