Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday 30 November 2011

Penghinaan Isa memalukan seluruh warga Felda





Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kes terbaru yang melibatkan penghinaan terhadap Ketua Peneroka Felda oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai kemuncak kemarahan warga Felda terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“DPP Malaysia membayangkan kenyataan beramaran oleh Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka, Shamsuddin Othman menunjukkan warga Felda kini lebih berani, matang, terbuka serta mempunyai prinsip yang teguh dan perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk Perdana Menteri,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.
Bagi DPP Malaysia, katanya warga Felda telah lama menyimpan perasaan marah dan kecil hati ekoran pelantikan Isa yang dikatakan tidak kena pada tempatnya kerana dilantik tanpa rundingan dengan ahli jawatankuasa Felda.

Shahrizat: “NFC tiada kaitan dengan saya”, timbul kemarahan orang ramai






Manusia bodoh sombong, ego dan bongkak. Manusia yang tak boleh dibuat baik. Cerdik tak boleh diikut, bodoh bangang tak boleh diajar.

Masih lagi cuba menegakkan benang yang ternyata basah lagi berlendir dengan penafian penafian yang tak masuk diakal fikiran rakyat rakyat Malaysia. Perempuan seekor ni mengangap rakyat rakyat malaysia semuanya bodoh dan tolol sapertimana lembu lembu peliharaan beliau.

Sharizat + lembu = ?

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Dasar otak lembu

kah!.....Kah!.....Kah!.....Dasar lidah biawak

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Tiada kaitan konon

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun





JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.
Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.
Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.

Lelaki Indonesia aktif seks





Tinjauan syarikat farmaseutikal Pfizer babit 10 negara Asia
JAKARTA- Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan.
“Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu.
Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan.

Masak kurma mayat suami





ISLAMABAD- Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.
Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.
Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.

Fina kini trauma dengan lelaki





Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ke-20 perogol bersiri tidak menyangka penjenayah terbabit sudah menunggu untuk merogolnya ketika dia keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban dengan kain batik di sebuah asrama pekerja di sini kelmarin.
Gadis berusia 20-an itu yang dikenali sebagai Fina menegaskan, dia berasa sangat terkejut kerana sebaik sahaja terserempak, penjenayah terbabit terus mengacu pisau di leher sambil mengikat tangannya dengan wayar seterika.
Lebih mencemaskan, gadis yang berasal dari Tumpat itu berkata, lelaki itu terus menarik dia ke arah biliknya yang terletak paling hujung di asrama berkenaan sambil berkata: “Diam-diam saya cuma nak cari budak nama Yati.’’
Keadaan asrama pekerja tempat dia tinggal ketika itu sangat sunyi kerana penghuni lain sudah pergi bekerja manakala jarak tandas dari biliknya kira-kira 30 meter.
“Selepas sampai ke bilik, dia suruh saya duduk atas tilam dan ikat tangan saya lebih kuat.
“Saya meronta dan bergelut dengannya sampai terbaring sehingga terlucut separuh kain batik,’’ katanya kepada Kosmo! ketika menceritakan semula kejadian yang menimpanya kelmarin.


Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri





Perhimpunan pada disember 2011 akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdean dengan pilihanraya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah dibawah kepimpinan ini.
Walaubagaimanapun, ramai dikalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai dikalangan mereka sedar bahawa kebanyakkan ahli mereka sebenarnya gundah gulana memikirkan kepimpinan parti.
Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telag menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya.

16 anak dengan 14 wanita





LONDON- Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini.
Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi.
Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu.
Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba.

Paku dalam badan amah





RIYADH- Pembantu rumah Sri Lanka yang ditemui tujuh paku dalam tubuhnya berikutan pembedahan yang dilakukan di Hospital Pusat Dammam, Sabtu lalu, enggan menamakan orang bertanggungjawab melakukan jenayah itu ke atasnya.
Menurut sumber, Balsubramaniuam Shashikala, 22, dimasukkan ke hospital oleh majikannya selepas mengadu sakit badan. Doktor yang melakukan pembedahan menemui tujuh paku di dalam tubuhnya.

Ramai utamakan Internet daripada tidur





Satu tinjauan mendapati satu daripada empat orang akan menghabiskan lebih banyak waktu untuk melayari Internet berbanding waktu tidur.
Berdasarkan tinjauan Jon Blumberg daripada syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Sky Broadband, kira-kira 51 responden mengakui mereka merasa bimbang jika tidak melayari Internet, sama ada untuk memeriksa e-mel atau Facebook
Mereka akan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer, telefon pintar dan komputer riba.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com