Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday 3 October 2011

Peti surat bawah laut Bali tarikan pelancongan Indonesia





JAKARTA - Indonesia memperkenalkan peti surat bawah laut pertama di republik ini dan kedua di dunia di Pantai Amed, daerah Karangasem, Bali, mulai semalam sebagai usaha mengembangkan industri pelancongan dan tarikan kepada pelancong yang gemar menyelam.
Syarikat Pos Indonesia melancarkan peti surat tersebut berbentuk gapura atau pintu gerbang berupa tembok batu pintu pagar tempat ibadat dan bangunan mengikut ciri khas terdapat di Pulau Dewata itu.

Pelancaran peti surat itu adalah sebahagian daripada acara perayaan ulang tahun ke 265 syarikat peninggalan penjajah Belanda itu.
"Kami ingin menyokong pelancongan bahari (laut) di Amed, yang berdasarkan kajian kegemaran penyelam luar negeri. Kami ingin memperkenalkan pantai Amed supaya pelancong tidak hanya bertumpu ke Pantai Kuta saja," kata Pengarah Utama Pos Indonesia I, Ketut Mardjana yang dipetik akhbar harian Kompas hari ini.
Mardjana berkata, pengiriman dan pengambilan surat melalui peti surat bawah laut itu sama seperti yang dilakukan di darat cuma pos bawah laut perlu menggunakan kertas kalis air disediakan di Pejabat Pos Amed.
Dengan bayaran pos Rp10,000 (RM3.50) lengkap dengan cap dan sampul surat khusus yang kalis air, penyelam boleh memasukkan sendiri suratnya di peti surat berkenaan.
Untuk khidmat pengambilan dari peti surat itu, Pos Indonesia bekerjasama menggunakan khidmat penyelam tempatan.
Peti surat bawah laut pertama di dunia ialah di perairan laut Australia.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com