Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 16 October 2011

Adakah Naijb menyorokkan sesuatu? Laporan audit masih hilang





Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sedang berang. Sidang Parlimen sudah hampir menjelang dua minggu, tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan ke Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita merancang untuk memfailkan usul berkenaan perkara ini kerana hari ini adalah hari keempat kita berdebat soal Belanjawan 2012, tetapi laporan masih belum ada,” Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar memberitahu sidang media di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Beliau juga hairan kenapa laporan itu masih belum ada sedangkan negeri-negeri lain termasuk Kelantan sudah pun menerima laporan audit masing-masing. Beliau menyeru Komiti Akaun Awam (PAC) untuk bertanggungjawab dan mengambil tindakan, daripada menunggu untuk dipaksa berbuat demikian.
“Di negara-negara lain, PAC dipengerusikan oleh wakil pembangkang jadi mudahlah untuk menggesa kerajaan tetapi di Malaysia, PAC diketuai oleh wakil kerajaan, sebab itulah mereka lambat,” kata Mahfuz.
Ambil tanggungjawab
Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar mahukan pengerusi PAC Azmi Khalid untuk mengambil tanggungjawab dan menjelaskan perkara tersebut.
“Kita menyeru Azmi Khalid untuk memberi penjelasan kerana ini sangat memalukan. Selepas empat hari, masih tidak ada laporan audit,” kata Azmi.
MP PKR Sungai Petani Johari Abdul berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila diberitahu bahawa Parlimen masih belum menerima laporan tersebut.
“Pegawai jabatan itu terkejut dan memberitahu Ketua Audit sendiri gembira dengan laporan itu kerana ianya siap ebih awal daripada tahun lepas. Ini yang kita hairan. Di mana sangkutnya laporan ini? Adakah ianya di Parlimen atau di tangan sesetengah menteri?” tanya Johari.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyoal isu itu minggu lalu, dengan mengatakan Najib sepatutnya memastikan laporan audit itu disediakan sebelum pembentangan Belanjawan 2012.
“Malangnya, kita membahaskan bajet hari ini, tetapi laoran audit itu masi belum dibentangkan,” kata Anwar pada Dewan minggu lalu.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com