Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 16 October 2011

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang






'Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang'.

Angan angan tinggi mengunung.....Belum apa apa dah berangan menang. Juak juak UMNO Pulau Pinang semuanya bangang bangang belaka. Tak kan tak ada seorang pun juak juak UMNO Pulau Pinang teringin nak jadi KM? Awat!, orang melayu Pulau Pinang tak layak langsung ke nak jadi KM atau tak ada calun yang berkalibar langsung pada pandangan mata Najib.

Hangpa layak jadi pak turut je la. Tak ada telor, tak berani nak bangkang langsung.

Kah!.....Kah!.....Kah!.....UMNO jadi barua Gerakan

Kah!.....Kah!.....Kah!.....UMNO Kuda Gerakan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Sementara itu, Najib turut ditanya berhubung kenyataan ketua wanita parti itu, Datuk Seri Tan Lian Hoe semalam yang dilaporkan mahu Koh meletakkan jawatan.

Tan menyatakan kebimbangan bahawa kedudukan Koh sebagai teraju utama parti itu akan menjejaskan peluang calon GERAKAN dalam pilihan raya akan datang.

"Apa pun, saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dan kita telah berbincang apa yang patut dilakukan dan saya serahkan kepada beliau.

"Saya fikir dia tahu apa perkara yang perlu dilakukan," kata Najib lagi.

'Bersedia untuk keputusan perit'
Dalam ucapannya terdahulu, Najib berkata GERAKAN perlu bersedia untuk membuat keputusan perit dan mengemukakan diri mereka sebagai alternatif yang baik kepada rakyat negeri itu.

"Pelan alternatif untuk Pulau Pinang dan juga barisan pemimpin alternatif untuk Pulau Pinang juga mesti dipersembahkan kepada rakyat.

najib abdul razak"Setiap daripada kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

"Kalau kita buat perkara ini, saya tidak akan putus asa dengan Pulau Pinang," katanya yang turut berjanji untuk berlaku adil kepada pemimpin GERAKAN, Umno MCA, dan MIC di negeri itu dalam soal calon pilihan raya.

Katanya BN perlu membuat ubahsuai itu mengikut realiti serta kekuatan dan kelemahan diri mereka.

"Realiti politik adalah tentang nombor. Bila kita dah tahu ini, kita mesti buat kerja. Bila anda kata cakap serupa bikin, anda perlu turun ke bawah dan dapatkan sokongan... Tambah lagi pengundi.

"Kita nak parti GERAKAN kembali ke zaman kegemilangannya, tapi jangan terperangkap dengan nostalgia.

"Yang lepas itu lepaslah, apa yang berlaku sekarang adalah soal masa depan," katanya lagi.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com