Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday 22 October 2011

Sukar buktikan penggunaan pukau




KUALA LUMPUR - Pukau bukan kesalahan jenayah yang boleh disabitkan hukuman sebaliknya ia taktik digunakan untuk memperdaya mangsa dalam melakukan aktiviti penipuan terancang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengakui polis ada menerima laporan mangsa yang mendakwa dipukau hingga kerugian harta benda atau wang.
“Polis akan mengenal pasti sama ada kejadian yang menimpa mangsa itu mempunyai elemen penipuan atau tidak meskipun mangsa mendakwa dipukau.
“Kesalahan menipu diperuntukkan dalam Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang mempunyai elemen memperdayakan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini tiada peruntukan mengatakan pukau itu sebagai satu kesalahan jenayah maka atas alasan itu laporan mangsa disiasat mengikut Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, jika dilihat secara praktikal, sukar untuk memberikan keterangan dan mengemukakan bukti bahawa seseorang iaitu suspek menggunakan sihir.KUALA LUMPUR: Pukau bukan kesalahan jenayah yang boleh disabitkan hukuman sebaliknya ia taktik digunakan untuk memperdaya mangsa dalam melakukan aktiviti penipuan terancang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengakui polis ada menerima laporan mangsa yang mendakwa dipukau hingga kerugian harta benda atau wang.
“Polis akan mengenal pasti sama ada kejadian yang menimpa mangsa itu mempunyai elemen penipuan atau tidak meskipun mangsa mendakwa dipukau.
“Kesalahan menipu diperuntukkan dalam Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang mempunyai elemen memperdayakan,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini tiada peruntukan mengatakan pukau itu sebagai satu kesalahan jenayah maka atas alasan itu laporan mangsa disiasat mengikut Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, jika dilihat secara praktikal, sukar untuk memberikan keterangan dan mengemukakan bukti bahawa seseorang iaitu suspek menggunakan sihir.
Katanya, sebelum ini, jenayah membabitkan tepuk bahu dikenal pasti berlaku di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) membabitkan tiga hingga empat suspek.
Menurutnya, walaupun mangsa terkena pukau dengan cara tertentu seperti sentuhan, tiupan angin atau suara namun mereka berpeluang melihat wajah suspek.
“Ini boleh dijadikan sebagai pengecaman yang membantu memudahkan siasatan polis terhadap kes penipuan berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com