Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday 15 January 2012

Manis kahwin enam bulan





Seorang isteri muda baru enam bulan berkahwin ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar dan tubuhnya ditikam beberapa kali di rumahnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.
Mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring berlumuran darah di dapur rumah oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27, sejurus pulang daripada menoreh getah kira-kira jam 5.40 petang.

Masya'allah, siapalah yang tergamak melakukan sedemikian rupa. Sudah hilang rasa perikemanusiaan.
Aku mengucapkan takziah kepada keluarga Nornadia Abu Bakar. Banyak banyak lah bersabar. Terimalah ketentuan allah dengan redho dan hati yang terbuka. semuga rohnya dicucuri rahman oleh allah....Amin!.
Alfatihah.....

KUALA LIPIS: Seorang isteri muda baru enam bulan berkahwin ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar dan tubuhnya ditikam beberapa kali di rumahnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.

Mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring berlumuran darah di dapur rumah oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27, sejurus pulang daripada menoreh getah kira-kira jam 5.40 petang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis percaya pembunuhan itu tidak bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang, namun polis masih mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersendirian di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja menoreh getah.
“Sebaik tiba di rumah, si suami memanggil mangsa beberapa kali, namun tiada sahutan sebelum terkejut apabila menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah di dapur,” katanya.
Menurutnya, suami mangsa menghubungi Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang kelmarin.
“Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa baru enam bulan mendirikan rumah tangga itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa dipercayai mati beberapa jam sebelumnya. Siasatan mendapati leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya turut ditikam beberapa kali dengan senjata tajam oleh penyerang dipercayai lebih daripada seorang,” katanya.
Abdul Razak berkata, hasil soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com