Undang undang baru ciptaan UMNO. Ibarat menukar sarung bantal, sarung saja yang baru tapi bantal yang sama digunakan semula. Apa ke jadahnya? baik tak payah dihapuskan akta ISA yang sedia ada. Guna pakailah apa yang dah sedia ada. Bangang! undang undang baru konon.
Ini Negara Malaysia bukan Amerika Syarikat, United Kingdom mau pun Australia. Kalau ngko orang nak kena rujuk kepada negara negara tersebut untuk menggubal sebarang akta atau dijadikan contoh, secara tak langsung UMNO/BN tidak layak dan tidak berhak untuk memerintah negara yang berdaulat seperti Malaysia.
Jangan dijadikan Malaysia sebuah negara kafir. Sepatutnya contohi negara negara islam lain yang mana al-kur'an dan hadith hadith dijadikan rujukan dan ikutan.
Malu!.....Malu!.....Malu!..... Aku Malu dan sedih
Sedih!....Sedih!.....Sedih!.....Malaysia diperintah dan dikuasai oleh gulungan gulungan lembu
Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.
Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.
Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.
Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.
"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.
"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.
Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Inovasi dan perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Hishammuddin berkata BN sebagai parti yang mentadbir negara tetap akan bertanggung jawab dan mematuhi segala undang-undang yang akan dilaksanakan kelak untuk kesejahteraan rakyat.
Pada 15 Sept lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Ditanya mengenai antara perkara baru yang akan dimasukkan dalam undang-undang baru itu, Hishammmuddin berkata ia termasuklah tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk membuat rayuan.
Beliau berpendapat perkara-perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan kerana proses pindaan ISA sudah dimulakan sejak dua tahun lalu.
No comments:
Post a Comment