JAKARTA, 22 Nov – Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.
Setelah mendapat kecaman, pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu.


