Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 10 October 2011

Bajet kecil, tapi bantuan segera







KEMAMAN - Walaupun tidak ada bajet besar, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, memberikan sumbangan 'kilat' kepada mana-mana warga Chukai yang ditimpa musibah tanpa batasan politik.

Bukan seperti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan menyediakan kebajikan 'berjuta-juta' kononnya, tapi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hanya datang mengambil gambar.

Itulah ungkapan yang disampaikan kepada skuad BO oleh Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika ditemui menziarahi sepasang warga muda Chukai di Jalan Air Putih, disini.

Menurut Haji Hanafiah, rumah pasangan tersebut Mohd  Razis Aziz, 28, dan isterinya Wan Kamalia Wan Mansor, 25, telah terbakar kira-kira jam 11 pagi semalam, Ahad 9 Oktober.

"Orang memberitahu saya ada rumah terbakar, dekat sini, pagi tadi, saya dapat hadir lewat sedikit, ketika api telah padam,

"saya hulurkan sumbangan sedikit, hasil kutipan derma dari rakan-rakan yang prihatin,"ujarnya.

Beliau berkata anggaran kerugian sebagaimana dilaporkan oleh tuan rumah sendiri, Wan Razis yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel, adalah kira-kira RM20,000.

Katanya, Wan Razis yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

"walaupun dibantu oleh isterinya, Wan Kamalia yang bekerja sebagai pembantu tadika berpendapatan RM650 sebulan, mereka tidak mampu untuk membeli sebuah rumah, walaupun rumah kos rendah,"jelas Haji Hanafiah.

Menurutnya, rumah yang terbakar itu adalah rumah sewa, namun semua peralatan perabot dan alat elektrik musnah dalam kejadian itu.

Selain itu, Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, pasangan tersebut yang mempunyai 2 anak terpaksa mencari rumah sewa lain serta membeli semua peralatan baru bagi meneruskan kehidupan.

Justeru, beliau menyeru kepada semua muslimin dan muslimat yang muhsinin, mengambil tanggungjawab membantu keluarga terbabit yang sedang menerima ujian dari Allah SWT.

"hari ini mereka menerima ujian, mungkin esok, lusa kita pula, InsyaAllah dengan sumbangan dan pertolongan ikhlas dari kita semua, Allah akan balas pula apabila kita pula menerima ujian dari NYA,"katanya yang menambah, segala bentuk sumbangan boleh dibuat melalui MTD PAS Chukai atau menghubungi beliau sendiri.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com