Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 10 October 2011

Ibrahim Si Tidur, Najib Si Pelancong mahu gaji naik!





“Bangun, angkat tangan bagi sesiapa yang berfikir Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali dan Perdana Menteri Najib Razak berhak mendapat peningkatan gaji. Tidak, tidak, bukan awak Ibrahim, awak tak boleh mengundi untuk diri sendiri! Dan kamu Rosmah, kamu mana boleh mengundi untuk Najib!”
Salah satu perkara yang memeningkan kepala takala Perdana Menteri mengumumkan Belanjawan 2012 tempoh hari ialah Ibrahim Ali akan menerima elaun tambahan mulai tahun hadapan. Ini berlaku selepas beliau dirakamkan tertidur sewaktu sidang Parlimen. Apa pesanan sebenar yang dihantar Najib? Adakah malas dan ketiduran sewaktu bekerja akan diberikan ganjaran? Melainkan Najib mahu menganugerahkan beliau atas khidmat beliau menjadi ketua ‘gedebe’ kaum Melayu rasis bak ‘samseng Kampung Dusun’.
Sudah tentu, semua Ahli Parlimen BN termasuk Najib sendiri akan menerima lebih dari itu. Dan kita perlu bertanyakan soalan ini sekarang, untuk apa peningkatan gaji ini sebenarnya? Untuk memudaratkan ekonomi? Untuk menghuru-harakan hubungan antara kaum? Untuk kenaikkan harga barang? Kerana itu jugalah sebabnya kenapa Ahli Parlimen BN sibuk ‘bekerja’ selama ini.

Harga naik takala ekonomi mula merudum?
Ahli Parlimen BN tidak berhak mendapatkan tarif pendapatan baru bilamana purata rakyat harus mengikat perut menyara hidup angkara kegagalan dan kelemahan BN. Selain sebuah 'terima kasih' yang tidak ternilai kerana telah menjarah dan mengodam hasil bumi negara sehingga tiada yang tersisa.
Kerana kemarahan inilah Najib cuba mengenengahkan pendekatan ini diwaktu keadaan ekonomi yang tidak baik.
Sekiranya mereka mahu memberikan lebih wang rakyat kepada orang seperti Ibrahim Ali, perlu ada satu referendum disetiap kerusi bahagian untuk menentukannya. Biar pengundi setempat di setiap bahagian menentukan apakah Ibrahim Ali berhak mendapatkan tarif pendapatan baru itu. Dan kepada orang seperti Zahrain, Tan tee Beng, Hee Yit Foong, Wee Choo Keong dan Gobalakrishan ‘Si Mulut Besar’. Semua pembelot ini telah menipu pengundi untuk kepentingan peribadi dan mereka ini harusnya tidak dihargai langsung.
Dibayar harga rendah - bukankah kita semua?
Menyedari kemarahan rakyat tentang pemberian gaji tambahan untuk Ahli Parlimen, Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi berkata Parlimen Malaysia sedia ada membayar gaji rendah.
“Kamu tahu yang kita antara negara yang membayar gaji terendah didunia. Kita empat kali lebih rendah dari Indonesia dan Thailand…dan tak perlulah kita membandingkan dengan Singapura,” ujar Junaidi kepada Malaysian Insider.
Tapi adakah Ahli Parlimen di Singapura berbelanja dengan kereta mewah impot, terlibat dalam konsesi kayu balak, perdagangan hartanah, perniagaan pembinaan, projek-projek pembinaan hospital, sekolah,buku dan juga kantin sekolah. Dan jangan lupa pembelian kapal selam!
Tuntas rasuah dahulu!
Melainkan ada tindakan lanjut untuk mengurangkan penyelewengan di semua tingkat Eksekutif, bermula dengan Najib sendiri, kenapa perlu rakyat yang membayar cukai terus hidup sengsara?
Apapun keputusan itu nanti, tarif pendapatan baru Ahli Parlimen sudah dikedepankan. Cadangan menggandakan jumlah gaji dua kali ganda turut diberitakan.
Menurut Junaidi, 9 Ahli Parlimen yang menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang ditubuhkan tahun lalu dan tiga rang undang-undang iaitu PSA Bill, House or Parliament (Privileges and Powers) Amendment Bill dan Members of Parliament (Renumeration) Amendment Bill – telahpun dihantarkan kepada Speaker Dewan Parlimen Pandikar Amin, Presiden Dewan Senat Abu Zahar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.
Gaji Ahli Parlimen telah digubal sebanyak lima kali pada tahun 1992,1997, 2001, 2002 and 2005 semenjak Members of Parliament (Renumeration) Bill diperkenankan pada 1980. Dalam pindaan 2005, gaji asas mereka dinaikkan dari RM5,916.90 tahun 2002 kepada RM6,508.59, tidak termasuk faedah lain seperti elaun pemandu peribadi iaitu RM1,200.
“Kita akur gaji Ahli Parlimen rendah dan perlu ada peningkatan, tetapi gaji semua orang juga rendah. Kenapa perlu mereka dahulu? Sepatutnya merekalah yang perlu dapat terakhir,” ujar Eddie Wong, ahli PKR veteran kepadaMalaysia Chronicle.
“Dan untuk Ahli Parlimen BN, mereka perlu disiasat sekiranya ada sebarang perniagaan tidak langsung diatas nama mereka, faedah dan keuntungan yang diterima kerana menjadi orang kerajaan. Ambil contoh Najib dan Rosmah sekeluarga bercuti di Perth menggunakan pesawat kerajaan. Beliau tetap mahukan peningkatan gajinya? Adakah beliau berhak?”

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com