Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Showing posts with label bajet. Show all posts
Showing posts with label bajet. Show all posts

Monday, 10 October 2011

PRU-13 tak akan di November selepas Bajet gagal mendapat sambutan





Pemimpin PKR tidak menjangka bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada hari Isnin, menunjukkan tiada sambutan bagi Belanjawan 2012 walaupun pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan untuk  "membeli pengundi”.
"Tidak seperti negara berdemokrasi matang, di mana tarikh pilihan raya umum adalah tetap, di Malaysia, ia mengikut suka hati PM dan isteri beliau, Rosmah Mansor. Pakatan Rakyat akan kekal berjaga-jaga tetapi terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa mereka akan berpaut dengan kuasa yang dimiliki pada masa yang lebih lama, " Naib Presiden PKR  dan Pengerusi MCA Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
Jui Meng sebenarnya merujuk kepada  isteri Najib, Rosmah yang terkenal kerana memainkan peranan yang sangat besar di sebalik tabir. Ada juga yang menganggapnya sebagai kuasa di sebalik takhta Najib.

Saturday, 8 October 2011

Najib cedok bajet Pakatan Rakyat





"Sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat - buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS," kata Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa sebahagian kandungan bajet 2012 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak diambil dari buku jingga dan dokumen negara berkebajikan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat – buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS.

Friday, 7 October 2011

Bajet: Najib sindir pembangkang





"Jangan ingat kita yang pertama memperkenalkan konsep negara berkebajikan kerana Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama mengamalkan negara berkebajikan," katanya sambil mendapat tepukan dari ahli Parlimen BN.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir pembangkang mengenai konsep negara berkebajikan ketika membentangkan Bajet 2012 di bangunan Parlimen hari ini.
“Jangan ingat kita yang pertama memperkenalkan negara berkebajikan kerana Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama mengamalkan negara berkebajikan,” katanya sambil mendapat tepukan dari ahli Parlimen BN.

Bajet 2012; bajet yang akan menyebabkan rakyat hilang akal





KUALA TERENGGANU - Jentera pilihanraya PAS Terengganu disemua peringkat diminta berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata media yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional sedang giat memaparkan propaganda kononnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak benar-benar sedang melakukan transformasi.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com