"Jangan ingat kita yang pertama memperkenalkan konsep negara berkebajikan kerana Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama mengamalkan negara berkebajikan," katanya sambil mendapat tepukan dari ahli Parlimen BN.
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir pembangkang mengenai konsep negara berkebajikan ketika membentangkan Bajet 2012 di bangunan Parlimen hari ini.
“Jangan ingat kita yang pertama memperkenalkan negara berkebajikan kerana Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama mengamalkan negara berkebajikan,” katanya sambil mendapat tepukan dari ahli Parlimen BN.
Perdana Menteri berkata, bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen. Bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30 dan subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
“Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80 manakala subsidi kerajaan sebanyak 60 sen. Manakala setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30 dan subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak
“Minyak masak yang harga sekarang RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50. Tepung pula harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35,” katanya sambil menambah ini yang dikatakan negara berkebajikan.
Minyak masak
“Minyak masak yang harga sekarang RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50. Tepung pula harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35,” katanya sambil menambah ini yang dikatakan negara berkebajikan.
Pakatan Rakyat khususnya PAS mengumumkan manifesto negara berkebajikan jika menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapannya Najib mengumumkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dicadangkan dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Mengenai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, Perdana Menteri berkata, skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan memanfaatkan 100,000 isi rumah.
Mohon pinjaman
“Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun,” tambahnya.
“Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun,” tambahnya.
Najib berkata, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Menurutnya, mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang boleh mendapat pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Najib juga mengumumkan pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
“Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Kerajaan juga mengumumkan untuk memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
“Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,000 akan diberikan,” katanya.
No comments:
Post a Comment