Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday, 7 October 2011

Samun di KLIA: Pegawai SPRM dihadap ke mahkamah





KUALA LUMPUR - Tiga pegawai risik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini atas pelbagai tuduhan.
Antaranya, bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warganegara Singapura melibatkan wang tunai mencecah RM1 juta.

Mereka - timbalan penguasa, S Vijayarao, 33, dan dua pegawai berpangkat penolong penguasa, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad, 30 dan Aziz Jaafar, 48 mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan.
Kejadian didakwa berlaku di dalam sebuah tandas berhampiran kedai Delifrance di tingkat satu, KLIA pada jam 11.25 pagi, 15 September lalu.
Ia membabitkan tiga tuduhan utama bersubahat melakukan rompakan berkumpulan, tiga tuduhan utama menipu dan tiga tuduhan pilihan menyamar serta tiga tuduhan menyembunyikan rancangan rompakan terhadap ketiga-tiga warga asing tersebut.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan ketiga-tiganya dilepas dengan jaminan RM30,000 dan beberapa syarat tambahan sebelum menetapkan kes itu disebut pada 6 Disember depan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohamad Abazafree Mohd. Abas, Najib Zakaria dan Peter Gregory Cyril. Mereka diwakili oleh peguam-peguam T Vijayasandran dan Mohd Nazri Yahya.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com