Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday, 13 January 2012

Sultan Selangor perkenan gugurkan Hasan Ali daripada exco






"Sultan Selangor hari ini perkenan untuk menggugurkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada jawatan exco kerajaan negeri itu berikutan dipecat PAS hujung minggu lalu.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat PAS pada Ahad lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu."

Maka berakhir sudah teka teki yang bermain difikiran rakyat jelata kebelakangan ini tentang kedudukkan mutakhir Dr.Hassan Ali. Kemelut yang selama ini tiada siapa sangka akan terjadi disaat saat hampirnya PRU 13 dan berakhir dengan aib sekali. Maka jelaslah, Hasan Ali disingkirkan keahliannya dari parti PAS serta gugurlah perlantikan belia sebagai exco kerajaan negeri setelah diperkenankan oleh Duli Sultan Selangor.
Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang dialami oleh Hasan Ali lantaran sikap dan perbuatannya mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam iaitu PAS.

"Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.
"Pelantikan exco baru akan disempurnakan pada Rabu minggu depan (18 Januari) di istana," tambahnya.

Tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Semuga kemelut yang seumpama ini tidak akan berulang kembali dimasa masa akan datang.
Bermulalah episod perlantikan dan pemilihan exco baru untuk mengantikan tempat Hasan Ali. Ada beberapa nama telah disebut sebut, namun keputusannya akan diketahui pada Rabu minggu depan saperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor.
Apa kesudahannya, sama sama kita tunggu dan lihat.
Lawan tetap lawan!

SHAH ALAM, 13 Jan - Sultan Selangor hari ini perkenan untuk menggugurkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada jawatan exco kerajaan negeri itu berikutan dipecat PAS hujung minggu lalu.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat PAS pada Ahad lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.
"Memandangkan sekarang (Hasan) bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
"(DYMM) Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata semasa pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shan pagi tadi, baginda memberikan kuasa kepadanya untuk melantik pengganti Hasan.
"Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.
"Pelantikan exco baru akan disempurnakan pada Rabu minggu depan (18 Januari) di istana," tambahnya.
Bagaimanapun ketika ditanya siapa yang akan menggantikan Hasan, Khalid berkata beliau "masih belum menerima senarai calon daripada PAS" dan akam membincangkan perkara itu dengan kepimpinan pusat dalam masa terdekat.
Beliau menambah "ekoran pemecatan Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau turut akan digugurkan."
"Keputusan ini dibuat oleh MB dan bukan wakil rakyat Bebas tidak boleh berada dalam ahli jawatankuasa negeri mengikut peruntukan yang ada. Keputusan itu adalah jelas.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com