"Ketua Umno Padang Besar berkata, 1Malaysia itu telah memberi banyak ruang kepada kaum lain".
Satu penyakit baru sedang menular rancak dikalangan puak puak lembu iaitu tidak puas hati. Adakah ini pertanda bahawa kebinasaan dan kehancuran akan melanda keutuhan serta keharmonian keseluruhan parti UMNO?
Perbalahan pendapat diantara puak puak ini semakin serius dan tidak dapat dibendungkan lagi. Kini ajenda perkauman dimainkan dan diperbalahkan sesama dia orang.Ramai ahli ahli parti lembu ini tidak berpuas hati dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran negara pada 2009 pimpinan seorang bapak lembu.
“Saya tidak mendengar rungutan bahawa orang Umno atau orang Melayu tidak suka konsep 1Malaysia ini,” katanya.
Kah!....Kah!....Kah!....Anak lembu yang sudah ketinggalan zaman
Kah!....Kah!....Kah!....tidak perihatin dengan perkembangan semasa
Kah!....Kah!....Kah!....Kalau dah baka lembu sampai bila bila pun lembu
Moooohh! Lawan tetap lawan....
PETALING JAYA: Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa ada ahli Umno dan orang Melayu tidak puas hati dengan pentadbiran negara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas timbalan pengerusi Umno Perlis itu berkata, antara sebab mereka tidak puas hati ialah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib pada 2009.
Katanya, konsep 1Malaysia itu telah memberi banyak ruang kepada kaum lain.
“1Malaysia ini untuk menarik undi dari bukan Melayu tetapi nampaknya tiada tanda-tanda mereka menyokong kerajaan,” katanya.
Zahidi menambah, orang terima Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Umno tidak ada pemimpin lain.
“Siapa yang layak jadi pemimpin Umno selain Najib dan Muhyiddin?” tanyanya.
Pilihan raya penentu
“Pilihan raya umum ke 13 ini akan menjadi menjadi penentu kepada Najib dan timbalannya itu,” tambah beliau.
Menurut Zahidi, orang Umno dan orang Melayu juga tidak puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dibebaskan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan Isnin lalu.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno lain ketika dihubungi mendakwa sebaliknya dengan mengatakan konsep 1Malaysia adalah yang terbaik untuk negara.
Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheik Fadzir berkata, kita tidak boleh bersikap rasis kerana Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum.
Pendapat sana disuarakan oleh Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad.
“1Malaysia ok. Hak orang Melayu tidak terjejas. Kita (orang Melayu) kena terima.
“Saya tidak mendengar rungutan bahawa orang Umno atau orang Melayu tidak suka konsep 1Malaysia ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment