Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 7 January 2012

SPR sangkal dakwaan Nurul tidak guna MIMOS





"SPR tidak pernah menolak syor PSC seperti yang didakwa. SPR telah pun berjumpa dan berbincang dengan MIMOS baru-baru ini," kata Abdul Aziz Yusof.
Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak akan menggunakan khidmat syarikat inovasi, teknologi dan maklumat (MIMOS Berhad) sebagai badan yang mengesahkan daftar pemilih disangkal oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata SPR tidak pernah menolak syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC).

Malah satu perjumpaan diadakan baru-baru ini oleh pihak SPR bersama Mimos
“SPR tidak pernah menolak syor PSC seperti yang didakwa. SPR telah pun berjumpa dan berbincang dengan MIMOS baru-baru ini,” katanya melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada FMT.
‘Tiada pembersihan daftar pemilih’
Beliau yang enggan mendedahkan butiran itu berkata, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada PSC kemudian.
Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa SPR tidak akan menggunakan khidmat MIMOS.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Pilihan Raya Negeri, Shafie Taib itu semalam.
Sementara itu, ahli PSC Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media hari ini pula mempersoalkan kekeliruan yang timbul sehingga wujud maklumat sedemikian di peringkat SPR pusat dan negeri.
Anthony turut menyatakan kebimbangan beliau memandangkan keputusan bersama PSC sudah dimaklumkan, namun SPR negeri menyatakan yang sebaliknya.
Timbul kekeliruan
“Apa yang diberitahu SPR  terhadap anggota PSC tidak diarahkan kepada SPR negeri sehingga ada kekeliruan. Adakah ini kekeliruan atau tiada arahan diberi kepada SPR negeri?
“SPR Wilayah Persekutuan  kata MIMOS tidak digunapakai itu tidak tepat. Timbul kekeliruan yang amat besar.
“Segala keputusan bersama dilaksanakan dan diikuti. Kerisauan saya adalah perbincangan nampak cantik dalam kertas, ia perlu dilaksanakan. Jika tidak ia tidak mmbawa apa-apa makna,” katanya yang juga ahli Parlimen Rasah.
Nurul Izzah yang turut menyertai sidang media itu berkata, pihaknya hanya menuntut penjelasan dan mahu maklumat berkala berhubung isu ini.
“Ada saksi yang ramai dengar pegawai SPR negeri berkata MIMOS tidak akan diguna khidmat mereka. Perkara itu berlaku ketika mesyuarat dalaman SPR akhir Disember.

Kenapa tiada penyelarasan
“Kami mahu kepastian. Pengerusi SPR perlu pastikan dan ia disambut oleh negeri-negeri kerana jika tidak ia akan wujud jurang besar. Maka perlunya maklumat berkala,” katanya.
Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata jika penggunaan dakwat kekal, isu pengundi awal dan pos serta hal MIMOS tidak diberi jaminan maka Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan.
Katanya keputusan MIMOS juga telah diputuskan oleh parlimen dan jika sebaliknya berlaku maka wujud percanggahan.
“Keputusan untuk MIMOS telah diputuskan dalam parlimen.Usul telah diteruskan dan dipersetujui. Kenapa tiada penyelerasan?
“Ini perkara serius yang kita akan bincangkan dan bawa kepada majlis tertinggi agar SPR jawab isu dakwat kekal,daftar pemilih dan MIMOS ini,” katanya.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com