Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday 7 January 2012

Perkasa minta polis siasat pelajar





Pengerusi Perkasa Bahagian Petaling Zainal Abidin Ahmad menggesa polis menyiasat kenyataan penuntut terbabit yang dipaparkan dalam laman blog 'Revolusi Habib'.
Perkasa hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didakwa menghasut penuntut IPTA supaya menyertai perhimpunan penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Isnin ini.
Laporan polis yang dibuat Pengerusi Perkasa Bahagian Petaling Zainal Abidin Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, menggesa polis menyiasat kenyataan penuntut terbabit yang dipaparkan dalam laman blog ‘Revolusi Habib’.

“Dalam laman blog itu, pelajar terbabit mengajak rakan-rakannya dari IPTA yang sama untuk berkumpul dan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan terhadap kempen bebaskan Anwar, dalam kenyataan bertarikh 3 Jan lalu.
“Selain itu, terdapat kenyataan yang seolah-olah mengutuk tugas polis dan mendakwa PDRM dijadikan alat kepada BN,” katanya kepada pemberita di sini.
Zainal Abidin berkata kenyataan penuntut itu dalam blog miliknya bukan sahaja menjatuhkan imejnya sebagai pelajar tetapi turut mencemarkan imej pusat pengajian terbabit.
`Pengaruhi penuntut lain’
“Kenyataannya dibimbangi akan mempengaruhi penuntut-penuntut yang lain serta merosakkan pemikiran mereka yang kita anggap sebagai pelapis pemimpin negara,” katanya.
Zainal Abidin berkata pihaknya turut mengesan sejumlah dana disumbangkan oleh seorang Exco Selangor bagi membiayai beberapa aktiviti yang dilakukan penuntut terbabit.
“Perkara ini dikesan dalam portal Free Malaysia Today yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Penuntut itu tidak memegang (jawatan) mana-mana persatuan dalam IPTA terbabit tetapi menubuhkan satu persatuan yang tidak berdaftar… oleh itu kita tertanya-tanya apa tujuan sebenar sumbangan wang itu diberikan kepadanya,” kata Zainal Abidin.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com