Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 7 January 2012

Azmin: Persetujuan tidak sentuh sekatan yang diumum polis





"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim."
PKR tegas menyeru rakyat turun memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan kes liwat ketua pembangkang itu.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama semalam.

Persetujuan itu, bagaimanapun, katanya  tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM.
“Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
10 syarat
Polis mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong Anwar.
1- Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.
2- Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3- Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.
4- Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.
5- Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6- Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.
7- Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
8- Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
9- Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10- Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Dalam perbincangan semalam, polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com