Perhimpunan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini sekali lagi mencetuskan fenomena mahasiswa dalam membawa suara anak muda dalam menegakkan keadilan. Gerakan Bebas yang komited dengan perjuangan ingin membebaskan akademik dan mengembalikan autonomi kampus telah berhimpun di hadapan UPSI malam ambang tahun baru 2012.
Malangnya tindakan kekerasan yang dilakukan beberapa pegawai polis terhadap aktivis mahasiswa menyebabkan pengerusi Bebas Safwan Anang cedera dan dikejarkan ke Hospital Slim River. Beliau mendakwa telah ditumbuk di muka dan ditendang oleh pihak polis. Dalam kejadian itu juga 17 aktivis mahasiswa telah ditangkap.


