Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday 8 November 2011

PKR dakwa Najib, menteri bohong berkenaan isu Pusat Fidlot Nasional





KUALA LUMPUR, 8 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pentadbiran Najib telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), kata Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli hari ini.

Menurut beliau, kenyataan pertama dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober lalu bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.
“Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.
“Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Rafizi (gambar) berkata PKR telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan, yang mendapati keseluruhan RM250 juta pinjaman telah disalurkan kepada NFC.
“Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.
“Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008,” katanya lagi.
Selain itu katanya, pada 31 Mac 2009, NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.
“Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang daripada pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan),” kata beliau lagi.
Kata Rafizi, jumlah keuntungan faedah daripada simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.
“Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23 peratus daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.
“Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, hutang jangka panjang NFC berjumlah RM256,082,518,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, pendedahan terbaru ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Shahrizat dan keluarga beliau.
Minggu lalu, Rafizi mendakwa projek Pusat Fidlot Nasional bernilai RM73.64 juta merupakan projek yang tidak berjaya walaupun dijelaskan sebaliknya oleh Noh.
“Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada RM250 juta,” katanya.
Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd, salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Nasional telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh minggu lalu


.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com