Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday 25 October 2011

PKR isytihar KL kubu kuat








P
KR mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dan yakin Barisan Nasional (BN) tidak mampu memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di kawasan itu. 

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR mampu melakukannya berdasarkan prestasinya pada PRU lalu yang menyaksikan PR menawan 10 daripada 11 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan. 
Menurutnya, atas sebab itu, beliau yakin prestasi ini akan berterusan kerana faktor penentu undi di kawasan bandar berbeza dengan luar bandar.

“Pada pilihan raya umum lalu tiada negeri mencatatkan prestasi sebaik kita seperti di Kuala Lumpur.

“Oleh sebab itu, saya isytiharkan Kuala Lumpur adalah kubu kuat kita,” katanya ketika berucap di Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Sementara itu, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar pula menegaskan, PKR akan memastikan calon parti tersebut pada PRU13 benar-benar boleh dipercayai.

“Kita pastikan calon kali ini bermutu tinggi. Pimpinan pusat tidak akan memberi peluang kedua kepada wakil rakyat yang bermasalah.

“Kita juga meletakkan tanda aras tinggi dalam menentukan calon. Kita tidak mahu sejarah yang menyakitkan kita berulang,” katanya.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad pula berkata, PKR, bersama parti komponen PR, iaitu Pas dan DAP, mampu mencapai prestasi terbaik berdasarkan beberapa faktor, antaranya PR memahami dan dapat menyelesaikan permasalahan penduduk bandar secara teratur.

“Kita akan tumpukan masalah secara lokal, terutamanya isu perumahan, kesihatan dan kita berharap rakyat menyokong dasar yang akan kita lakukan,” katanya.

Ditanya sama ada PKR Wilayah Persekutuan sudah mempunyai nama calon untuk PRU13, Dr Idris berkata mereka sudah bersedia.
Kira-kira 250, termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, hadir ke konvensyen itu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com