Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday 25 October 2011

Gaddafi mati ditembak








M
ISRATA - Ketua pakar bedah siasat Libya, Dr Othman Al-Zintani mengesahkan hasil bedah siasat yang dijalankan, semalam, menunjukkan Gaddafi terbunuh selepas ditembak di kepala, sekali gus meningkatkan lagi kecaman dunia ke atas kerajaan baru dan pemberontak Libya. 

“Kami telah melengkapkan pemeriksaan terhadap jenazahnya dan hasil siasatan akan diberikan kepada pendakwa raya,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut. 
Kenyataan bercanggah tentera dan kerajaan sementara Libya mengenai kematian Gaddafi sebelum ini menimbulkan persoalan masyarakat antarabangsa sama ada beliau dibunuh selepas ditangkap, iaitu sesuatu yang mencabuli undang-undang antarabangsa.

Ini kerana rakaman video menunjukkan Gaddafi tercedera tetapi masih hidup selepas ditangkap di Sirte, Khamis lalu.

Majlis Peralihan Kebangsaan yang mentadbir Libya tetap menegaskan Gaddafi terbunuh akibat terkena peluru di kepala semasa pertempuran antara penyokongnya dan pemberontak sejurus ditangkap walaupun rakaman menunjukkan sebaliknya.

Lebih mencurigakan, petunjuk kematian Gaddafi mula disembunyikan sejak kelmarin dengan tentera pemberontak yang mengawal mayat beliau menutup tubuhnya dengan selimut dan hanya menunjukkan bahagian kepala pemimpin itu.

Kesan lebam pada mayat yang kini dibaringkan di atas tilam buruk di dalam bilik sejuk sebuah pasar lama di Misrata itu ditutup daripada dilihat ratusan orang ramai, termasuk kanak-kanak yang dibenarkan melihat mayatnya.

Seorang wartawan agensi berita Reuters yang melihat mayat Gaddafi berkata, kepala Gaddafi dipusing ke kiri, menyebabkan kesan tembakan di bahagian kiri kepalanya tidak dapat dilihat.

Paling menyedihkan, bau mayat reput mula memenuhi bilik sejuk itu dan orang ramai yang datang melihat mayat Gaddafi perlu memakai topeng muka tetapi sehingga kini, puak di Libya masih bertelagah di mana pemimpin yang pernah memerintah Libya selama 42 tahun itu patut dikebumikan.
Seorang penasihat pemimpin baru Libya, semalam, berkata, jenazah Gaddafi akan diberikan kepada saudara-maranya, iaitu keputusan yang dicapai selepas perbincangan dibuat mengenai lokasi pengebumian beliau namun tiada maklumat lanjut atau pengesahan dibuat mengenai bila dan di mana pemindahan itu akan dilakukan.







No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com