M
engambil kiu daripada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai bergesa-gesa turut serta dalam pertelingkahan dalam membela UMNO dan menyerang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di atas skandal seks terkini yang disajikan oleh BN.
“Keluarganya mendapat simpati daripada kami tetapi Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP dilihat mencuba memolitikkan isu ini. Jangan salahkan Barisan Nasional (BN) kerana bukan BN yang melakukan perkara ini. Ianya dibuat oleh seorang bloger. Kenapa salahkan BN?” Liow, yang juga merupakan Menteri Kesihatan, memberitahu pemberita.
Pemimpin MCA itu, yang baru-baru ini ditangkap membohong di atas kekecohan gas pemedih mata Hospital Tung Shin, dengan serta-merta dihentam oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang berkata salah satu pembuat khabar angin terhadap anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun itu adalah Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor Novandri Hasan.
“UMNO tidak mempunyai ‘class’ untuk meminta maaf. Mereka memanggil konco-konco mereka untuk bercakap bagi pihak mereka. Liow mesti sedang pening kepala. Adakah dia ingin mengatakan Novandri itu bukan UMNO atau UMNO itu bukan BN. Penipuan yang berani dikatakan oleh BN sekarang melalui media adalah di luar kawalan,” Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Tiada ‘class’, UMNO
Pada hujung minggu, Muhyiddin, yang juga merupakan Menteri Pendidikan telah mengejutkan negara dengan menyebelahi pihak blog-blog UMNO, termasuklah blog Novandri Hasan. Blog-blog UMNO, yang telah mencuba menggoyangkan pentadbiran negeri Guan Eng semenjak Pakatan mendapat kawalan ke atas negeri itu pada tahun 2008, telah mendakwa anak lelaki remaja Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah mencabul juara catur UK Anya Corke.
Setakat ini, Anya, Pengetua sekolah Heng Yee dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang telah menafikan adanya pencabulan.
Anya yang berasa kesal telah menghentam blog-blog UMNO dan menyampaikan simpati ke atas budak lelaki itu yang “difitnah dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas”. Saya tidak pernah bertemu atau mendengar tentang semua orang yang terlibat. Saya tidak pernah diserang secara fizikal dengan cara apa sekalipun. Saya tidak pernah dijadikan mangsa oleh budak lelaki ini dan keluarganya,” kata Anya dalam kenyataannya minggu lalu.
Seruan minta maaf
Seruan timbul untuk UMNO meminta maaf, menyebabkan Muhyiddin mebuat kesilapan bodohnya, yang memburukkan lagi kredibilitinya sebagai seorang yang sesuai menjadi pemimpin negara yang mempunyai kebolehan yang mencukupi untuk memimpin Malaysia.
Kata Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam kenyataanya: “Saya sememangnya terkejut dan sangat marah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa penafian daripada Lim Guan Eng terhadap tuduhan salahkau seksual oleh anaknya (cucu saya) tidak mencukupi. Biar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan setiap Menteri Kabinet berkata samada mereka setuju dengan Muhyiddin atau tidak – yang juga akan menunjukkan kualiti Menteri Kabinet yang ada di Malaysia.”
“Pengetua sekolah itu telah menafikan berlakunya sebarang kejadian salahlaku seksual yang melibatkan cucu saya. Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Director Ahmad Tarmizi Kamaruddin juga berkata semalam jabatannya tidak menjumpai apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan di beberapa blog. Mangsa yang didakwa Anya Corke, yang merupakan seorang Woman Grand Chessmaster berumur 21 tahun di tahun ketiganya di Wellesley College di Amerika Syarikat telah menolak dakwaa itu, kerana dia sudah tidak berada di Malaysia selama tujuh tahun dan tidak mengenali Guan Eng mahupun cucu saya.”
“Bolehkan Muhyiddin menjelaskan apa itu “tidak mencukupi” di mana sudah ada banyak penafian dan pematahan tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab, kejam dan keji yang dikenakan ke atas pelajar sekolah berumur 16 tahun yang tidak bersalah semata-mata untuk si penuduh mengenakan Guan Eng?”
Laporan polis dan jenayah fitnah
DAP telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin di atas dakwaan jenayah fitnah terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Khairy telah membuat ulasan pada blog Novandri. Khairy juga kemudiannya mencadangkan serangan itu dijustifikasi kerana keluarga BN juga sering diserang oleh pihak pembangkang.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata mereka akan mencadangkan tindakan undang-undang di atas tweet yang dilakukan oleh Khairy pada 17 Oktober mengenai isu itu.
“Kerosakan akan menjadi ‘sangat, sangat’ tinggi. Serangan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng yang berumur 16 tahun kerana dituduh mencabul rakan sekolahnya akan menjadi kunci perdebatan di pilihanraya akan datang. Kita semua mempunyai anak. Seperti yang dikatakan oleh Lim, kita sebagai ahli politik adalah sasaran politik, seranglah kami, bukan anak-anak kami,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh.
Perdana Menteri Najib Razak telah mengulang kata-kata Guan Eng untuk meninggalkan keluarga daripada serangan-serangan politik. Walau bagaimanapun, pengaruhnya dalam UMNO semakin pudar dan beliau dijangka membuat pusingan U jika kem Muhyiddin mengenakan tekanan ke atasnya.
No comments:
Post a Comment