P
entadbiran beliau kini sedang menggelegak dengan konspirasi agama dan perkauman, angkara musuh politiknya yang kaya dan berpengaruh mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Sudah pasti beliau sedang berhadapan dengan waktu-waktu gelapnya sekarang., kerana orang paling dekat dan disayanginya dilukai dan ketakutan diserang musuh. Segala yang beliau pertahankan – pentadbiran, parti, politik dan soal peribadinya – sedang diancam. Tapi, bolehkan musuh terkutuk ini memunsahkan hidup beliau dengan mencerca anak lelakinya dengan tuduhan liar melakukan perlecehan seksual? Masa akan tiba dan biarlah rakyat Malaysia yang menentukan.
Lim Guan Eng merupakan salah seorang Ketua Menteri yang terbaik negara ini. Sebagai seorang Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau bekerja keras memastikan penduduk negeri dan negara maju hidup bersama tanpa mengira perbezaan bangsa, fahaman maupun agama. Pendekatan politiknya yang berasaskan pragmatisme ekonomi adalah untuk kepentingan semua orang.
Lim menggunakan kayu ukur politik berlandaskan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang mana orang Melayu tidak menolong rang Melayu sahaja atau orang Cina menolong orang Cina sahaja dan begitu juga buat orang India dan penduduk bangsa lain. Satu pentas yang cocok ialah bilamana sesiapapun boleh memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira warna kulit. Mungkin ini kenyataan yang agak idealis bagi musuh beliau, namun Pulau Pinang yang dipimpin Pembangkang telah melangkaui menuju wawasan sebuah negara yang lebih baik.
Melayu mampu bersaing dan berjaya
Dengan dasar-dasar pentadbiran yang betul, Pulau Pinang boleh melahirkan orang Melayu dan semua penduduk negara ini berday saing dan berjaya. Tidak dinafikan golongan miskin tanpa mengira kaum atau agama, perlu diberikan bantuan dan perhatian. Namun, pemikiran jenis ‘tongkat pengampu’ yang telah lama diketengahkan oleh beberapa ahli politik – yang hanya menjaga kuasa politik dan jawatan semata – telah lama gagal membuang keupayaan cetek sesetengah kelompok kaum dan ini sebenarnya bukan lagi satu titik penyelesaian kepada ekonomi sebuah negara yang mahu berdaya saing dan aktif.
Ia terjadi bila seserengah orang diberikan semua peluang untuk bersaing sekiranya mereka dilihat mampu berbuat demikian. Dengan menyediakan peluang yang sama rata kepada semua penduduk, rakyat pelbagai kaum boleh belajar menjadi yakin diri dan mampu berdiri sendiri. Ia mungkin memerlukan masa untuk merealisasikan wawasan ini, kerana masih ada kelompok kaum yang tertinggal di belakang secara ekonominya. Dengan fikrah citarasa yang tinggi, pemimpin seperti Lim Guan Eng sebagai pengemudi disamping sokongan padu rakyat Pulau Pinang, ia akan mengambil masa kurang dari 22 tahun untuk mencapai wawasan yang boleh dibanggakan, yang mana seseorang yang kurang bernasib baik mampu berbangga dengan kemampuan dan kejayaan mereka sendiri. Miskin tegar di Pulau Pinang telah tiada dan warga emas turut menerima bantuan. Mungkin sahaja, negeri-negeri lain akan mengambil contoh kejayaan negeri Pulau Pinang ini.
Pencapaian berganda
Hanya dalam tempoh sesingkat tiga tahun mentadbir Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipuji kerana sikap terbukanya dengan orang ramai. Sokongan rakyat kepada kerajaan negeri memonjol. Ketua Menteri itu sangat optimis dengan kerja keras para pegawainya yang menjadikan ekonomi negeri itu antara yang berpendapatan tinggi. Di dalam sebuah survey internet baru-baru ini di kalangan penduduk pulau itu, kerajaan pimpinan DAP itu meraih 85 peratus sokongan dari bukan Melayu dan 65 peratus dari orang Melayu. Kenyataan seperti ini amat diperlukan oleh kerajaan negeri apatah lagi bila media arus perdana memberikan publisiti yang memesong, penipuan dan serangan yang sering menggunakan isu perkauman sebagai senjata ampuhnya. Biar apapun cara yang digunakan, rakyat negeri kini tidak mudah digula-gulakan oleh tipu-helah media yang penuh hipokrasi itu.
Kejayaan Pulau Pinang hari ini adalah hasil kepercayaan penduduk kepada kerajaan negeri. Bila rakyat memberikan tanda percaya kepada kerajaan mereka, kerajaan membalas kembali dengan kepercayaan dan pengiktirafan rakyat. Secara jelas, penduduk Pulau Pinang turut sanggup melanggan moto: “Pencapaian menjadi milik kita semua melalui keharmonian, ketekunan dan kebijakan”.
Pulau Pinang telah berada di bawah empat orang Ketua Menteri sejak 31 Ogos 1957 – hari negara mencapai Kemerdekaan. Perikatan (MCA) meletakkan Wong Pow Nee sebagai Ketua Menteri dari tahun 1957 – 1969. Selepas pilihanraya umum 1969, Barisan Nasional (Gerakan) Pulau Pinang menyandarkan Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri dari tahun 1969 hingga 1990 dan Koh Tsu Koon dari 1990 hingga 2008. Parti Gerakan dan MCA – dua parti berasaskan orang Cina – dihiris halus dan dihumban keluar penduduk pulau itu pada pilihanraya umum 2008. Pakatan Rakyat (DAP) sekarang menguasai Pulau Pinang di bawah seorang pemimpin berkarisma yakni Lim Guan Eng, Ketua Menteri sekarang.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan sekarang telah mendapat pengiktirafan bertaraf dunia kerana kemajuan yang dicapai – sesuatu yang perlu dibanggakan dalam satu masa yang singkat. Ketua Menteri telah membuktikan dirinya seorang pemimpin yang berkebolehan dan berpandangan jauh, menyumbangkan banyak kejayaan kepada negeri itu. Hari ini, beliau dianggap sebagai antara pemimpin Pembangkang yang disegani dalam pengurusannya mentadbir negeri yang berbilang kaum. Beliau telah membawa kembali sinar dan gemerlapan ekonomi kepada pulau itu selepas ianya lama terbiar dengan kronisme, nepotisme, kadar jenayah yang tinggi dan rasuah, dan ketirisan kewangan menguruskan negeri. Seperti yang mereka katakan kepada Ketua Menteri itu: Begemerlapanlah Sang Bulan di antara bintang-bintang yang jauh. Ketua Menteri turut diperakui oleh rakan taulan dan musuhnya sebagai seorang Ketua Menteri Pulau Pinang terbaik sejak Merdeka.
Pulau Pinang ditangga atas
Sewaktu menjawat jawatan Ketua Menteri sejak Merdeka, Pulau Pinang sering mendahului carta ekonomi berbanding ngeri-negeri lain di Malaysia dengan membawa masuk RM12.24 bilion pada tahun 2010. Ini merupakan 26 peratus jumlah keseluruhan pelaburan negara pada tahun itu. Tahun 2010 memperlihatkan pelaburan dana terbesar pada RM12.2 bilion mengalir masuk ke dalam negeri dan antara yang tertinggi pernah dirakamkan oleh pulau itu sejak 30 tahun. Ini ialah 26 peratus jumlah keseluruhan pelaburan masuk ke Malaysia pada tahun itu (MIDA, 2010). Pada 6 bulan pertama tahun 2011, Pulau Pinang menduduki tangga teratas Pelaburan Langsung Asing, PLA – (FDI-Foreign Direct Investment) dengan jumlah RM3.6 bilion yakni 24% jumlah PLA negara pada tempoh itu.
Kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri itu terus disegani kerana berjaya membawa masuk sumber dana untuk pengurusan kewangan pada tahun 2008, 2009 dan 2011. Kecergasan pengurusan dan pentadbiran inilah yang menjayakan pembangunan ekonomi negeri, menggalakkan pelancongan, memelihara budaya dan warisan, menigkatkan tahap hidup dan memerangi jenayah. Kadar jenayah di Pulau Pinang juga menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh tiga tahun. Satu kejayaan yang patut disegani oelh negeri-negeri lain. Selain memukau hati pelabur asing ke negeri itu, para pelancong yang melarikan diri dari negeri-negeri lain kerana jenayah yang merunsingkan, singgah ke pulau secara beramai-ramai. Tahun 2010 menyaksikan lebih 6 juta pelancong melawat Pulau Pinang. Pada Februari 2011, Yahoo! Travel meletakkan Pulau Pinang di antara lapan pulau di dunia untuk dilawati. ECA International 2010 pula memilih Pulau Pinang sebagai antara bandar yang mesra-huni di benua Asia.
Cermat mengurus dana awam
Pulau Pinang telah mendapat penghormatan dari badan-badan korporat baik dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa selepas CAT Governance of Penang dipuji atas dasar anti-rasuahnya oleh Transparency International pada tahun 2010. Ketika penyalahgunaan, pembaziran dan rasuah menjadi paparan utama banyak negeri, Laporan 2009 Pejabat Peguam Negara menyatakan Pulau Pinang sebagai yang terbaik menguruskan kewangan negeri. Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya diiktiraf kerana cermat menguruskan dana awam. Ketua Menteri juga telah menunjukkan yang negeri mampu mencapai kejayaan dengan menghapuskan pembaziran dan melaksanakan tender niaga terbuka. Beliau juga turut diperlihatkan kepada apakah yang boleh dilakukan sekiranya kerajaan menghapuskan pembaziran dan sekiranya tender niaga menjadi terbuka. Bagi Ketua Menteri pula, perbelanjaan kerajaan harus mempunyai jangkauan jauh dan berhati-hati untuk menggelakkan ketirisan di dalam peruntukkan negeri.
Pulau Pinang berbangga menjadi negeri pertama yang melaksanakan sistem tender niaga terbuka untuk semua projek kerajaan dan kelulusan kontrek melalui Internet (e-tender). Berlandaskan prinsip CAT, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang diiktiraf Transparency International. Banyak pakar ekonomi dalam dan luar negara turut memuji dasar-dasar tender terbuka Ketua Menteri itu dan mengiktiraf pentadbiran Pulau Penang yang dapat menggondol semula status bandar tahap dunia melalui kekuatan ekonominya yang bukan berasaskan industri jenis kilang bermutu rendah. Pengkritik turut menggelar Pulau Pinang sebagai ‘bandar pertama ukuran khas era globalisasi’ dan mengiktiraf Ketua Menterinya atas kemahiran dasar-dasar ekonomi yang seimbang dan menciptakan daya saing yang sehat, memuaskan pelabur dalam dan luar negara. Berasaskan tulang belakang ekonomi jenis ini, tiada satupun kaum di pulau itu yang disisihkan dari menyertai peluang-peluang ekonomi yang disediakan. MEreka semuanya dijamin kerajaan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat ternama lain.
Perselisihan kaum mulai pudar
Apa yang mengejutkan ialah hasil daripada praktik tender niaga terbuka yang kepada semua kaum. Persepsi yang orang Melayu akan terpinggir kerana tidak dapat bersaing dan pemilik syarikat bukan-Melayu akan mengaut semua projek yang ditenderkan – seperti yang diketengahkan oleh para pengkritik – adalah tidak benar sama sekali. Sejak kerajaan baru itu mengambil pentadbiran pada tahun 2008, Penang Development Corporation (PDC) telah mengeluarkan 23 tender niaga, di mana sebanyak 7 (30 peratus) telah diberikan kepada syarikat bukan-Melayu dan 16 (70 peratus) dimenangi oleh pemilik syarikat orang Melayu. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengeluarkan 66 tender niaga yang mana 22 (33 peratus) diberikan kepada bukan-Melayu berbanding 44 (67 peratus) diberikan kepada pemilik syarikat Bumiputra.
Prestasi kerja syarikat bangsa Melayu di dalam sistem tender niaga terbuka bersaing sehat dengan syarikat bukan-Melayu dapat dibuktikan apabila syarikat Melayu berjaya mendapatkan tender mengikut merit. Bangsa Melayu boleh melakukannya sekiranya mahu berusaha bersaing di dalam semua bidang. Jelas sekali, isu di sini bukanlah soal kaum, tetapi kegagalan dasar-dasar kerajaan BN yang sering menggunakan alasan bergantung hidup bagi meneruskan status quo BN dan cengkamannya kepada kuasa. Kerajaan BN telah tersilap kira kemampuan syarikat-syarikat Bumiputra, kerana di dalam beberapa kes masa lalu, kontrek diberikan kepada syarikat-syarikat yang mendapat tender memberikan pula kontrek itu kepada syarikat yang tidak bertauliah untuk keuntungan maksima. Praktik yang memberikan seluruh kontrek kepada syarikat yang tidak bertauliah demi keuntungan maksima tidak lagi digunapakai di pulau Pinang. Salah satu perkara baik tentang sistem tender niaga terbuka ini ialah perselisihan antara kaum semakin menghilang kerana penyertaan semua kaum dalam pengagihan sumber ekonomi diberikan secara sama rata.
Nilai kontrek tidak ditokok-tambah
Ketua Menteri telah meletakkan ketelusan dan kejujuran – melawan politik sempit – sebagai perkara utama mengurus kerajaan negeri. Kejayaan kerajaan negeri turut diiktiraf atas pentadbiran kewangan di mana birokrasi politik tidak menghalang atau menggangu penghantaran hasil kerja. Tanda khas pentadbiran Ketua Menteri ialah berdasarkan ketepatan dan CAT (Kemampuan, Akauntabiliti dan Ketelusan) pentadbiran. Ketua Menteri mengamalkan apa yang dijanjikan dan ini telah menjadi satu kecemburuan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN. Kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar-dasar lembap yang boleh membantutkan kecerdasan, inisiatif, kreativiti, berperdagangan, ketekunan dan produktif. Urusan-urusan politik membantu kroni dan mencari simpati dari pengundi tidak digalakkan wujud di dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Dasar-dasar kerja dan ekonomi yang dilaksanakan oelh kerajaan negeri sangat meyakinkan, mampu dikerjakan dan berdaya saing. Segala bentuk pembayaran dilakukan secara langsung kepada pemilik kerja tanpa melalui orang tengah. Nilai sesebuah kontrek tidak ditokok tambah untuk mendapatkan komisen atau sebagai sumbangan kepada dana politik. Para pemilik syarikat tidak perlu membayar 10 peratus atau lebih ‘wang pelincir’ kepada mana-mana ahli politik dan begitu juga ahli politik tidak dapat imbuhan berupa wang dari mana-mana pemilik syarikat. Pemilik syarikat tidak dipilih berdasarkan latarbelakang keluarga atau politik hanya sekadar memperkaya diri sendiri. Keutamaan diberikan kepada pemilik syarikat asal Pulau Penang dan tidak sewenang-wenangnya dapat kepada mereka-mereka yang dari luar hanya kerana mempunyai talian politik. Pendaftaran dilakukan melalui Internet (e-tender) serta 2-minggu tempoh pengesahan bagi memastikan para pemilik syarikat yang berdaftar tidak lagi memerlukan kabel politik untuk mendapatkan kontrek kerja.
Kejituan kerajaan negeri
Persaingan bagi tender niaga terbuka telah menyelamatkan banyak kos pengeluaran dan memperbaiki kualiti kerja. Isu seperti stadium atau stesen bas runtuh, atap makmal komputer sekolah yang bocor, pembinaan sekolah, hospital dan bangunan-bangunan lain yang tidak siap dibina walaupun bayaran sudah diberikan tidak kedengaran langsung di bumi Pulau Pinang. Kontrek hanya akan diberikan kepada pemilik syarikat tulen yang tidak dibenarkan memberinya kepada mana-mana syarikat lain atau menggunakan konsep perniagaan ‘Ali Baba’. Ketelusan dalam pengurusan ekonomi dan pemain atau orang tengah yang mempunyai rangkaian politik atau sesiapa sahaja yang dikatakan ‘berkuasa’ tiada tempat untuk ‘bertelor’ di negeri Pulau Pinang. Ini telah banyak menyelamatkan wang milik awam.
Ramai pemilik syarikat berterima kasih atas pelaksanaan sistem tender niaga terbuka ini di dalam semua lapisan. Untuk pemilik syarikat Kelas F, yang mana dikhususkan untuk Bumiputra, sistem tender niaga terbuka ini telah menjamin pemilik syarikat bukan-UMNO turut mendapat hak buat pertama kalinya projek di Pulau Pinang. Sebelum itu, kontrek ini sering kali ‘dieram’ untuk kroni UMNO dan kepada mereka-mereka yang dari luar negeri Pulau Pinang yang mana ada hubungan politik. Jelas persaingan didalam sistem tender terbuka ini lebih transparen, bertanggungjawab dan menguntungkan rakyat jelata berbanding sistem tender yang dirunding-urus seperti yang diamalkan oleh kerajaan sebelumnya.
Walaupun banyak kerenah dan kritikan politik yang diberitakan datang dari ‘mereka-mereka yang ‘menjeruk’, ianya tidak menghalang kerajaan negeri dari melaksanakan projek dengan penuh kejituan. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan ketirisan RM35 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana bernilai RM88 juta. Ketirisan yang diramalkan pada RM40 juta pada tahun Belanjawan 2009 telah dilangsaikan dengan lebihan dana RM77 juta (RM92 juta). Ini adalah satu kejayaan yang tidak mungkin boleh dicapai oleh mana-mana negeri pimpinan BN.
MCA, Gerakan dan UMNO berterabur
Pihak Pembangkang yang diketuai DAP semakin hari semakin diterima rakyat baik orang Melayu, Cina ataupunIndia di negeri itu. Manakala MCA, Gerakan dan UMNO mula berterabur. Tanggapan umum warga pulau itu kenapa mereka menghumban parti-parti picisan itu boleh dilihat di dalam koemn Facebook survei yang dilakukan:
Soal ekonomi: “Warga negara ini yang bekerja sendiri akan berhadapan dengan peningkatan harga barang mentah di pasar. Seperti yang berlaku tempoh lalu, setiap kali Belanjawan Negara diumumkan, peningkatan harga barang mentah/utama turut terbabit melambung naik. Ini akan membebankan sesiapa sahaja yang berpendapatan rendah. Tidak seperti beberapa kerajaan di luar negara yang ampuh, mereka akan menurunkan harga barangan, negara kita tidak mempunyai mekanisme yang berkesan untuk menghentikan kadar inflasi yang meningkat dan ini telah menjejaskan golongan miskin lebih banyak dari golongan kaya. Tidak ada satu langkah berkesan yang diambil oelh kerajaan untuk mengekang kos sarahidup yang meningkat dan jaminan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sebaliknya pekerja asing adalah pilihan utama kerajaan kerana mereka boleh dibayar dengan gaji murah.”
Soal politik perkauman: “Barisan National (BN) telah gagal menonjolkan dirinya dalam usaha mendapatkan semula keyakinan para pengundi. Sekiranya BN terus menerus menyanyikan lagu perkauman dan politik keagamaan yang sama demi mendapatkan sokongan, gabungan itu pasti tidak akan dapat lari dari menggulung tikar mereka selepas pilihanraya umum kelak. Warna negara ini sudah semakin bijak dan tidak akan berkira-kira menghumban politik perkauman. Tambah lagi, kebanyakkan warga negara sekarang lebih berpendidikan, bercampur aduk, mempunyai saudara dari kaum lain dan secara langsung mempunyai pemafahaman terhadap orang yang berbeza agama mahupun kaum.”
Soal propaganda media arus perdana: “Pengundi dewasa ini tidak lagi terpengaruh dengan cerita-berita di TV atau mana-mana media propaganda yang cuba merendahkan nilai intelektual rakyat. Walaupun media arus perdana terus melancarkan tipu-helah dan mengapi-apikan keadaan menentang kemaraan Pembangkang dan para pemimpinnya, malang terus menyelubungi kerajaan. Apayang mereka lakukan terpalit ke muka sendiri. Kewujudan Internet hari ini sangat bermakana bagi menyampai maklumat kepada semua secara tanpa sekatan dan ,masyarakat semakin menjadi bertanggungjawab tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku disekeliling mereka.”
Kenyataan tentang isu kaum yang tidak bertanggungjawab: “Ianya ialah tulang belakang BN iaitu UMNO yang seharusnya merancang sebuah gerakan baru namun tetap gagal.UMNO secara umumnya patut bertanggungjawab kerana kegagalan parti gabungannya. Sesetengah pemimpin sepatutnya berhenti memberikan kenyataan-kenyataan yang bersifat keterlaluan dalam soal kaum. Hentikan perbuatan mengeluarkan kenyataan berbau perkauman terhadap bukan-Melayu kerana ini boleh dimaksudkan sebagai ancaman kepada orang bukan-Melayu. Malaysia mereupakan satu-satunya negara demokratik dan sekular di dunia ini dimana kita boleh mendengar plebagai retorik mengugut dan para pemimpinnya mengacung senjata ketika berada di dalam sebuah acara politik.”
Soal dominasi kaum: “Mereka masih belum menghentikan perbuatan menonjolkan dominasi kaum mereka hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana ini tidak akan memberikan mereka sokongan kaum dan bangsa lain. Tiada satupun bangsa di dunia ini yang mahu dilihat lemah oleh kaum yang lain – sifat kejadian semua manusia. Selepas enam dekad meraih Kemerdekaan, rakayat negara ini perlu menghentikan laga isu perkauman yang mana bangsa bukan-Melayu sedang mengancam kehidupan orang Melayu. Sesetengah pemimpin masih menggunakan isu perkauman demi melaga-lagakan kaum dan memanggil kaum lain sebagai pendatang. Kita dilahirkan di sini dan kita semua ialah warga Malaysia. BTN (Biro Tata Negara) tidak memainkan peranan yang sehat dalam membentuk minda orang Melayu berfikir luar dari kotak dan menerima orang kaum lain sebagai sebahagian dari bumi Malaysia.”
Soal keberkesanan pihak Polis: “Mereka masih gagal membuktikan keberkesanan mereka dalam tugas sebagai penyelamat awam dan menyelesaikan pelbagai kes jenayah dengan cara yang lebih berkesan. Kadar jenayah di negara ini semakin merunsingkan dan rakyat tidak akan memilih kerajaan yang tidak tegas memerangi jenayah. Terlalu banyak berpolitik lebih dari menyelesaikan kes-kes jenayah yang dibawa ke mahkamah akhir-akhir ini. Terlalu ramai pendatang asing masuk secara haram di negara ini. Tidak ada apa pun yang dilaksanakan untuk menangani isu ini selain dari memberikan jawapan-jawapan politik senada tidak mencukupi untuk meyakinkan rakyat yang negara ini semuanya stabil dan terkendali.”
Soal Unit Khas Amanah untuk golongan miskin dari kaum-kaum lain:“Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dikembangkan untuk membantu rakayt kaum lain dinegara ini. Kemiskinan memberikan kesan yang dalam kepada rakyat dari kaum lain juga. Kerajaan perlu menyediakan satu skim unit khas amanah untuk bangsa lain, terutamanya yang miskin. Penjawat jawatan awam, GLSs dan universiti juga perlu mempunyai komposisi kaum yang seimbang. Kita dapat merasakan pilih kasih di bawah kerajaan sekarang.”
Soal korupsi, pembaziran dan kelemahan sistem penghantaran: “Kadar korupsi sangat teruk. Banyak aduan tentang korupsi tidak diendahkan. Korupsi telah menyebabkan negara menjadi tenat. Ini telah membantu sesiapa yang berkuasa terus memperlekeh undang-undang dan membiarkan gelaja sosial seperti jenayah terus berlaku. Kita melihat banyak kegiatan-kegiatan haram berlaku di dalam masyarakat hari ini. Terdapat banyak pembaziran dan salah laku bila kontrek niaga diberikan tanpa melalui sistem tender niaga terbuka. Sistem penghantaran dan penghasilan di semua sektor kerajaan sangat menghampakan.”
Soal agama: “Perkara-perkara yang membabitkan agama tidak diambil kira secara rapi supaya ianya tidak mengundang kemarahan rakyat. Ahli politik pula bebas melacurkan agama memudaratkan isu kaum untuk terus berkuasa. Ada pihak-pihak tertentu yang sengaja melakukan ini untuk mencetuskan rasa tidak harmoni di dalam masyarakat. Kita harus menentang perbuatan ini. Menang tidak dinafikan ada pihak-pihak yang menyalah gunakan isu agama untuk kepentingan peribadi di dalam arena politik. Namun tiada tindakan yang diambil terhadap orang-orang ini.”
Soal sistem pendidikan: “Dasar-dasar pendidikan yang terumbang-ambing menyebabkan kita menjadi kesal.Anak-anak kita adalah yang paling teruk terkena kesan yang tiada penghujungnya ini. Negara ini seperti tiada satu dasar pendidikan yang jelas.Bercakap soal sistem pendidikan, kita telah gagal. Kualiti pendidikan telah jatuh kerana terlalu banyak campurtangan politik. Kemasukan ke universiti yang mengharuskan beberapa jenis ujian dilakukan adalah tidak adil untuk kami yang bukan-Melayu. Ahli politik yang bodoh sombong dan tidak berkebolehan mahu bercakap pasal sistem pendidikan. Kini kita tidak lagi mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Para pelajar kita yang cemerlang dari pelbagai latarbelakang kaum telah meninggalkan negara bekerja di dunia luar. Para graduan universiti tempatan digesa untuk bekerja di perkhidmatan awam. Pendidikan adalah faktor utama untuk ekonomi kita berpendapatan tinggi. Asas utama pengetahuan ekonomi ialah sumber daya manusia dan demi mencapai ini, dasar-dasar sistem pendidikan harus digubal semula. Kita harus mengembalikan sekolah berasaskan bahasa Inggeris.”
Soal ahli politik: “Hanya di negara ini kita temui ahli politik yang masih terus mentadbir negara walaupun terpalit pelbagai kes jenayah. Di negara-negara lain mereka akan bersara politik kerana malu. Kita merasa sukar untuk memberikan sokongan kepada ahli politik seperti ini dan mereka-mereka yang terlibat rasuah dan pelbagai macam skandal.
Berwawasan dan futuristik
Ketua Menteri Pulau Pinang yang kebolehannya tiada tolok bandingan dalam merubah lanskap ekonomi Pulau Pinang, menjadikan beliau seorang yang disayangi di pulau itu. Atas alasan ini, jawatannya sebagai Ketua Menteri akan terus kukuh dan menjadi sesuatu yang dicemburui oleh musuh-musuh politik beliau untuk beberapa waktu yang akan datang. Negara ini memerlukan ramai ahli politik seperti Ketua Menteri yang berminda reformis ini.
Negara memerlukan seorang pemimpin sebijak beliau, yang menjadikan apa yang tidak mungkin boleh terjadi menjadi satu yang nyata. Beliau menonjolkan kebijakkan berpolitiknya sambil hidup seperti orang biasa. Jauh dari nilai-nilai konservatisme, beliau sering berfikir luar dari kotak sempit menjana ekonomi negeri. Beliau memastikan sistem penghantaran kerja dan hasil pengeluaran dilakukan secara teratur dan tanpa kelewatan. Beliau tidak akan terpengaruh dengan mana-mana agenda peribadi ketika menjawat jawatan Ketua Menterinya. Baginya apa yang penting ialah rakyat dan negeri makmur sejahtera.
Negara memerlukan ahli politik yang berwawasan dan melihat kehadapan (futuristik) bila mengurus sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama guna rakyat menerima kepimpinan itu. Inilah tembok halangan negara Malaysia di mana penduduknya harus menjadi sebahagian daripada proses kematangan politik berdemokrasi. Wajarlah kita katakana yang Ketua Menteri sekarang seseorang yang cocok didalam kategori ini.
No comments:
Post a Comment