Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Thursday 6 October 2011

Rais pejuang bahasa 'cap ayam'





Aku betul betul hairan dengan pembakar jambatan tua sekor ni. Apa lagi yang dia cuba perjuangkan? dah sengkek sangat dengan isu isu besar sampai isu bahasa pun dia nak buat gempaq. Dek kerana terlalu lama sangat berpolitik sampai dah naik dungu kepala otak dia.


Cukuplah, tak payah nak jadi hero lagi. Masa terakhir ngko akan sampai jua.Sementara menunggu hari terakhir ngko sampai lebih baik ngko  duduk diam diam  dan bila sampai masanya berundurlah dengan cara yang terhormat.


Tak ada apa apa lagi yang nak dibuktikan........Ibarat memperjuangkan bahasa 'cap ayam'
Kah.....Kah.....Kah.....!!!!!



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu menghentikan tabiat menjadi pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan orang lain juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Lim Guan Eng berkata, siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi beliau oleh menteri itu yang mendakwa bahawa sebuah majlis rasmi yang dihadiri Rais di Pulau Pinang telah meminggirkan Bahasa Malaysia.
"Rais jelas tidak dapat membezakan antara salah dan betul," kata Lim dalam satu kenyataan medianya hari ini yang dipetik Harakahdaily.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang juga Setiausaha Agung DAP, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang hak dalam majlis yang dianjurkan oleh agensi swasta dan di samping itu, beliau enggan mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Bahasa jiwa bangsa?
Rais pada mulanya berbohong bahawa hanya beliau seorang sahaja bercakap Bahasa Malaysia pada majlis makan malam di Kolej Han Chiang pada 29 September 2011 ketika beliau hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

"Dakwaannya adalah tidak benar kerana saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.  Rais juga turut berucap beberapa patah dalam Bahasa Mandarin. Mengapa Rais cuba menggambarkan dirinya seorang sahaja pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan bahawa saya turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?" soal Lim.

Bagi beliau, Rais telah salah menilai majlis anjuran Han Chiang sebagai majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila majlis tersebut merupakan anjuran kolej swasta.

Menurut Lim, daripada mengakui kesilapan yang mengatakan bahawa majlis anjuran Han Chiang bukan merupakan majlis kerajaan negeri, "Rais terus menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menyuruh supaya saya menasihati  konco-konco (pengikut) di Kolej Han Chiang supaya menghormati bahasa kebangsaan."
Rais, katanya, bukan sahaja biadap dan tidak menghormati penganjur malah telah melanggar protokol dengan meminta kerajaan negeri untuk campur tangan dalam sebuah majlis yang dianjurkan untuk pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peranan dalam penganjuran majlis di Kolej Han Chiang pada 29 September yang lalu.  

"Tambahan pula, bagaimana kerajaan negeri sekarang boleh terlibat dengan penubuhan Kolej Han Chiang sebagaimana didakwa oleh Rais sedangkan kolej tersebut sudah lama wujud sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pada 2008?" tanya beliau.
Jaguh kampung
Sekiranya Rais tidak gembira dengan Han Chiang, beliau sepatutnya berani membantah pada malam tersebut, cadangan Lim. Sebaliknya, katanya,  beliau hanya 'jaguh kampung' mengkritik Han Chiang daripada jarak yang jauh dan selamat, iaitu ketika beliau berada di Negeri Sembilan.

"Jelas sekali, sebanyak mana pembohongan Rais pun tidak cukup untuk menyembunyikan kebenaran bahawa beliau dengan tidak adilnya telah menghina Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas majlis anjuran Kolej Han Chiang.

"Seharusnya Rais berhenti daripada berkelakuan seperti Utusan Malaysia yang enggan mengakui pembohongan dan akan terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman.

"Adakah Rais Yatim akan menafikan bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia pada malam tersebut?" soalnya.
Itulah sebabnya, kata Lim, mengapa Rais Yatim harus menghentikan permainan bahaya kononnya beliau merupakan seorang pejuang Bahasa Malaysia, dan juga berhenti menyalahkan Kerajaan Negeri untuk sebuah majlis anjuran kolej swasta.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com