Seorang bekas teman kolej pendakwa sodomi, Saiful Bukhari Azlan, telah memberi keterangan bahawa sebalik 'mengagung-agungkan' Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim seperti yang dikatakan olehnya, Saiful sebenarnya benci Anwar, meggelarnya sebagai 'munafik' atau hipokrit di Friendster dan menyeru rakan-rakannya supaya jangan mempercayai Anwar tetapi untuk memberi sokongan kepada BN.
"Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar, sebab dia benci Anwar," Mohd Najwan Halimi memberitahu mahkamah pada hari Selasa.
Najwan masih bekerja sebagai pembantu Anwar dalam kerangka sebagai penasihat ekonomi Selangor. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia sudah mengenali Saiful sejak tahun 2003, di mana mereka tinggal di asrama bersebelahan di Universiti Tenaga Nasional.
"Saiful adalah seorang pelajar yang aktif dan mempunyai ciri-ciri pemimpin. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa. Dia ada sifat kepimpinan. Tetapi dia suka publisiti,' sambungnya kepada mahkamah selepas diperkenalkan oleh kounsel Sankara Nair sebagai saksi pihak pembela.
Kuda Trojan
Sememangnya, bapa Saiful adalah seorang ahli kuat UMNO dan dengan bangganya memperagakan anaknya sebagai orang yang menjatuhkan Anwar. Saiful sendiri gemar bergambar dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang ditemuinya, termasuklah penasihat politik Perdana Menteri Najib Razak.
Malahan, gambar Saiful bersama penasihat rapat Najib yang timbul di dunia siber lah yang membuat PM terpaksa menukar kembali kenyataannya yang dia tidak pernah bertemu dengan Saiful.
Kenyataan Najib yang terakhir ialah dia pernah bertemu dengan Saiful tetapi hanya berbincang soal isu biasiswanya. Dia juga menasihati Saiful untuk membuat aduan polis terhadap Anwar kerana meliwatnya tetapi menafikan dia boleh dijadikan saksi dalam perbicaraan itu.
PM itu sedang berusaha untuk mengelakkan diri daripada arahan mahkamah untuk mengambil tempat sebagai saksi dalam perbicaraan tersebut, dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai maklumat yang relevan dan Anwar hanyalah cuba untuk 'memancing' maklumat. Mahkamah akan berkeputusan samada untuk mengarahkan Najib dan isterinya Rosmah untuk menagmbil tempat sebagai saksi atau tidak pada hari Khamis.
Anwar dituduh meliwat Saiful pada Jun 2008, tiga bulan selepas membawa pihak pembangkang kepada kemenangan yang tidak disangka pada pilihanraya umum ke-12.
Beliau menafikan tuduhan itu dan mendakwa Najib dan Rosmah berkonspirasi bersama Saiful untuk mematikan kerjaya politiknya. Spekulasi telah timbul yang menyatakan Saiful adalah kuda Trojan yang dihantar oleh UMNO untuk memerangkap Anwar.
Penyokong BN
Sementara itu, Najwan memberitahu pihak mahkamah dia telah melihat laman sosial Friendster kepunyaan Saiful, dan melihat gambar Saiful bersama dengan ramai pemimpin-pemimpin BN, termasuklah Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.
Saiful merupakan timbalan presiden program Baktisiswa yang dilancarkan oleh Syed Hamid, dan juga setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.
"Pada tahun 2008, Saiful menyatakan dia adlah penyokong BN dan Anwar adalah seorang munafik," kata Najwan.
Menurut Najwan, Saiful berkempen untuk BN pada pilihanraya umum Mac 2008. Tambahnya dia ternampak Saiful di ceramah-ceramah politik.
Sewaktu pemeriksaan silang daripada pihak pendakwa, Najwan berkata dia telah bekerja dengan Ahli Dewan Undangan Seri Setia PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Saya pernah bekerja dengan Kementerian Pengangkutan, dan di UiTM sebelum ini."
Peguam bela Yusof Zainal Abiden mencadanagkan adalah tidak aneh untuk memperagakan gambar bersama menteri-menteri, di mana Najwan bersetuju.
Perbicaraan telah ditangguhkan dan akan disambung pada hari Khamis, di mana perhatian akan diberikan kepada Najib dan isterinya Rosmah.
No comments:
Post a Comment