Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Thursday, 6 October 2011

Tung Shin: Liow mengejar kerjaya politik, sekarang salahkan polis





Dengan pilihanraya mengejut semakin hampir, kelihatannya semua orang dalam BN hanya menjaga diri masing-masing. Bahkan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, yang sering dikutuk dengan pengabdian butanya terhadap UMNO, telah berkeputusan untuk meniggalkan polis dan menyelamatkan kerjaya politiknya sendiri.
"Pemimpin-pemimpin MCA sudah mula sedar yang rakyat biasa lebih pintar dan mereka risau akan disingkarkan pada PRU-13 nanti. Jelas, ini adalah satu isu yang telah mengakibatkan kemarahan daripada golongan Cina. Mereka juga sedar apabila tibe waktunya mengundi, UMNO pun tidak mampu menyelamatkan mereka," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Selasa, kaji selidik daripada Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melancarkan gas pemedih mata dan air untuk menyuraikan para demonstran yang lari masuk ke dalam kawasan Hospital Tung Shin semasa perarakan Bersih 9 Julai lalu.
Kementerian itu berkata gas pemedih mata dilancarkan ke arah kawasan letak kereta di luar perkarangan hospital itu dan bukan ke dalam hospital. Kementerian itu juga berkata polis-polis terlibat akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin polis.
"Keputusan penyiasatan menyimpulkan berlakunya perbuatan tidak beretika yang menjangkau SOP Polis DiRaja Malaysia, sewaktu berhadapan dengan para demonstran, yang telah menyalah gunakan premis hospital," kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Mahmood Adam, yang mengisukan kenyataan tersebut.
"Walau bagaimnapun, langkah ini diambil semata-mata untuk menyuraikan penunjuk-penunjuk perasaan yang berkumpul di kawasan hospital."
"Angin bertiup" dan "sudut kamera"
Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Liow sejurus selepas perarakan Bersih. Sewaktu itu, Liow bertegas bahawa tiupan angin yang membawa asap yang menyebabkan kelihatan seperti gas pemedih mata ditembak ke dalam kawasan hospital.
Timbalan Presiden MCA itu bertegas bahawa pihak polis tidak melanggar sebarang prosedur operasi piawai dalam serangan terhadap hospital, yang merupakan tempat perlindungan. Apabila pemberita mempersoalkan kesahihan kata-katanya, dia menjadi marah.
Liow juga berjaya untuk memujuk Pengerusi Lembaga Pengarah Tung Shin untuk menyokongnya.
Walau bagaimanapun, Presiden MCA Chua Soi Lek lah yang menyerlah. Doktor medikal dan bekas Menteri Kesihatan yang berumur 64 tahun itu menegaskan bahawa bukti-bukti dalam gambar dan video itu hanyalah "sudut kamera".
Pemimpin Pakatan Rakyat telah menyeru Soi Lek dan Tiong Lai supaya memohon maaf kepada semua peserta perarakan itu yang terseksa akibat serangan polis, dan juga kepada pekerja-pekerja hospital kerana dinafikan kebenaran daripada mereka.
"Bagaimana Chua dan Liow hendak menerangkan kepada rakyat sekarang? Mereka telah ditangkap dalam penipuan untuk menjaga kepentingan UMNO. Sekurang-kurangnya mereka harus meminta maaf daripada semua," kata Tian.
Gas pemedih mata, semburan air dan bom asap
Dalam laporan Kementerian Kesihatan, terdapat juga kenyataan yang menyatakan ada gas pemedih mata yang dilancarkan dari bangunan Waz Lian Enterprise ke arah tempat letak kereta di luar perkarangan hospital.
"Tetapi, tuduhan yang menyatakan gas pemedih mata ditembak di dalam perkarangan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam di luar perkarangan hospital," kata Mahmood.
Laoran itu juga menyatakan bom asap dibaling oleh polis kepada para penunjuk perasaan yang bergabung di tempat letak kereta Chinese Maternity Hospital (CMH).
"Merujuk kepada insiden bom asap, penyiasat mendapati ini tidak berlaku di dalam perkarangan Hospital Tung Shin, tetapi di perkarangan CMH, yang dari segi pentadbiran, adalah terpisah daripada Tung Shin. CMH sudah tidak beroperasi sejak September 2006 kerana renovasi yang akan dilangsungkan oada Disember 2011," kata Mahmood.
Beliau menegaskan keputusan untuk merujuk polis yang terlibat kepada jawatankuasa disiplin menunjukkan Kementerian Dalam Negeri adalah serius dalam memastikan pegawainya mengikuti prosedur. - 

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com