Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday 12 October 2011

Lagi salah guna kuasa? Najib disahkan guna pesawat kerajaan





Pejabat Perdana Menteri Najib Razak telah mengesahkan beliau pergi ke “lawatan peribadi” ke Perth, Australia pada 31 Ogos, hari di mana rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan daripada jajahan British pada tahun 1957.
PM dan keluarganya pergi bercuti tanpa memberitahu negara, yang melanggar protocol, dan lebih teruk lagi, diketahui bahawa Najib dan tetamu-tetamunya pergi dengan menggunakan pesawat kerajaan yang disediakan untuk urusan-urusan rasmi.
“Untuk pengetahuan Dewan, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia daripada 31 Ogos hingga 3 September 2011 adalah lawatan peribadi,” sebut jawapan bertulis kepada pertanyaan daripada MP Batu PKR Tian Chua.

Di antara membaiki kerosakan dan penipuan terang-terangan
PM kali terakhir muncul di Istana Negara untuk majlis Hari Raya pada 30 Ogos. Kemudian muncul berita yang mengatakan beliau telah terbang pada Hari Merdeka, menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia yang sudah pun jijik dengan perbelanjaan mewahnya dan dakwaan salah guna kemudahan kerajaan untuk urusan peribadi.
Untuk mengawal keadaan, penasihat-penasihat Najib cuba menganginkan bahawa lawatan itu adalah lawatan rasmi dan Najib telah menghadiri majlis makan malam bersama pelajar-pelajar di Perth. Tetapi Najib dan keluarga terbang keluar pada hari Rabu, manakala majilis itu berlangsung pada Sabtu malam.
Untuk memburukkan keadaan, agensi berita nasional Bernama melaporkan pelajar-pelajar itu memberi pujian tertinggi kepada Najib. Pujian seperti “hebat” telah digunakan untuk menggambarkan ucapannya. Tetapi itu telah menjengkelkan pelajar-pelajar dan ramai yang menggambarkan situasi sebenar melalui Facebook, sekali lagi mendedahkan penipuan pasangan itu.
“Mereka menukar dan menambah benda-benda yang tidak pernah disebut. Dan semuanya itu dilakukan sebelum ucapan berlaku dan bukan selepas. Saya rasa itu adalah bodoh dan tidak wajar,” lapor Malaysiakini kepada apa yang dikatakan oleh pelajar.
“Mereka meletak dalam petikan perkara yang kami tidak sebut pun. Kami tidak menyebut apa-apa yang buruk jadi saya tidak nampak kenapa mereka perlu untuk berbuat begitu.”
Minggu lalu, pejabat PM juga mengakui sebanyak RM9 juta dibelanjakan untuk menyewa Airbus A319-IIX yang digunakan Najib untuk ke Perth. Pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad sejak 3 Ogos 2007 untuk urusan rasmi pemimpin tertinggi negara seperti Yang Di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan timbalannya.
Kerajaan menjawab pertanyaan daripada MP PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Salah guna kuasa
Terdapat rasa tidak senang yang memuncak terhadap Najib dan isteri di atas perbelanjaan mewah mereka dan permintaan umum untuk melakukan penyiasatan yang teliti tentang samada mereka telah menyalah gunakan kuasa dan membelanjakan perbelanjaan peribadi mereka menggunakan wang rakyat.
Pada hari Selasa, sidang Parlimen juga terkejut mendengar lawatan ke Kazakhstan telah membelanjakan sebanyak RM1 juta wang rakyat. Lawatan ini mendapat perhatian awam apabila berita tersebar mengenai Najib yang sengaja menjadualkan lawatan rasmi itu untuk selaras dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki orang kaya Kazakhstan. Dakwaan merebak bahawa Najib dan isteri telah menyelitkan tetamu-tetamu peribadi dalam pengiring rasminya, yang diterbangkan ke sana dengan layanan kelas pertama, dibayar oleh rakyat Malaysia.
Juga tidak membantu apabila Najib mengakui di Parlimen bahawa beliau telah membelanjakan RM94 juta kepada firma PR UK FBC Media untuk menghasilkan program ‘berkilat’ yang memberi tanggapan salah terhadap pimpinannya. Kini FBC di bawah penyiasatan oleh pelaras industri UK kerana menyelitkan ‘propaganda’ ini sebagai berita di dalam segmen yang disiarkan oleh CNN, CNBC dan BBC.
“Ini adalah perbuatan yang tidak beretika dan akan meburukkan imej negara,” kata Naib Presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com