Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Thursday 20 October 2011

‘Penyelamat anak saya berhati mulia’






Sedih.....memang sedih. Sesiapa yang telah menonton rakaman video ini pasti menyumpah berbakul bakul. Masyarakat Cina diFoshan, wilayah Gaungdong langsung tidak berhati perut dan tidak berperikemanusian. 

Aku sendiri tidak sanggup untuk menghabiskan tuntutan tersebut.Terlalu sedih dan berasa amat marah sekali melihat gelagat orang orang disekeling tempat kejadian.Semuanya berhati haram jadah.

Kalau sesiapa yang belum menonton, 
Sila lihat video disini dan bacalah artikel seterusnya.




GUANGZHOU - Beberapa pihak seakan memperkecilkan tindakan seorang wanita menyelamatkan kanak-kanak perempuan malang berumur dua tahun selepas dia terbaring di tengah jalan akibat digilis kenderaan sebanyak dua kali di Foshan, wilayah Gaungdong, minggu lalu.

Bagaimanapun, Qu, ibu kepada Yue Yue, tetap menganggap penyelamat anaknya sebagai seorang insan yang berhati mulia.

“Saya tidak dapat membalas jasa baiknya dan hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih,” menurutnya dalam nada hiba.

Sebuah rakaman video yang tersebar luas dalam laman sosial media sosial memaparkan Yue Yue dilanggar sebuah van dan lori di luar kedai keluarganya tanpa dihiraukan orang sekeliling, Khamis lalu telah mencetuskan kemarahan orang ramai akibat ketidakprihatinan masyarakat terhadap insiden itu.

Budak malang yang me-ngalami kecederaan parah itu akhirnya diangkat dan diletakkan di tepi jalan oleh seorang pengutip sampah dikenali sebagai Chen Xianmei, 57, sebelum disedari ibunya.

Seorang pengguna laman blog mikro :Sina Weibo: turut mengutuk sikap masyarakat di negara itu kerana terlalu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan supaya tidak campur tangan dalam kemalangan melibatkan orang lain.

Menurutnya, sekurang-kurangnya masyarakat perlu ada rasa belas kasihan.

Akibat kemalangan itu, Yue Yue kini koma dan me-ngalami mati otak.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com