Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Thursday, 10 November 2011

Amy Search Mahu Nabila Huda Bertanggungjawab




Penyanyi rock lagenda, Amy Search akui tidak tahu menahu mengenai isu foto anaknya, Nabila Huda yang dijumpai bercium dengan seorang lelaki baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, sebagai bapa, Amy Search menyarankan agar anaknya itu sedar dan bertanggungjawab terhadap apa jua kesilapan yang dilakukannya.

"Terus-terang saya memang tidak tahu menahu mengeani isu ini sehinggalah pihak media bertanyakan kepada saya sendiri.

"Walaubagiamanapun, jika betul ianya berlaku saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya yang ditemui selepas pelancaran single terbarunya bersama Hazama iaitu Simetri, petang semalam.

Isu gambar liar Nabila yang berbikini tersebut tersebar selepas sebuah program hiburan melaporkan serta menyiarkan beberapa keeping gambarnya sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya berharap anaknya dapat menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Apa-apa pun sebagai seorang bapa, saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan dan selebriti yang dikenali,

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," tambahnya lagi dengan nada kesal.



No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com