Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday, 2 November 2011

KDN haram buku panduan seks Kelab Taat Suami




K
ementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa serta-merta.
Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.
Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Setiausaha Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian Abdul Aziz Md. Nor berkata buku itu diharamkan disebabkan dua sebab.
Katanya, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.
“Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan,” katanya lagi.
Malah menurut beliau kandungan buku itu yang ditulis oleh Hatijah Aam, juga bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hatijan merupakan pengasas kelab itu.
Pertengahan bulan lalu, Jakim berkata akan menyekat pengedaran buku itu kerana didakwa mengarut dan memalukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.
Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.
Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami





No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com