Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday 29 November 2011

MP Pakatan keluar Parlimen protes RUU Perhimpunan Aman





Wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas Barisan Nasional (BN), dipimpin Datuk Seri Najib Razak, enggan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman hari ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan tiga Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu dengan kesemua mereka meminta agar ia ditarik balik dan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas.
“Ini cara kami menolak rang undang-undang ini sehingga kami ada satu jawatankuasa pilihan khas,” kata Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa kepada The Malaysian Insider ketika mereka meninggalkan Parlimen.
“Rang undang-undang ini tidak melindungi keselamatan nasional, hanya keselamatan pemimpin-pemimpin BN,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang dan wakil rakyat terakhir pembangkang dibenarkan bercakap.
Banyak pihak mengkritik rang undang-undang itu termasuk pembangkang yang menyifatkan Malaysia ketinggalan di belakang berbanding Myanmar dalam menyediakan undang-undang sedemikian.



No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com