Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Thursday, 24 November 2011

Perkasa sifatkan akta perhimpunan ‘terbaik’, NGO pro-Pakatan kecam





Manusia paling bangang dan tolol. Suka mengambil kesempatan keatas sesuatu isu dicelah celah bedah. Batu api dan bersifat provokasi. Jenis manusia yang diibaratkan cerdik tak boleh diikut dan bangang tak boleh diajar.

Tengah pancing undi kalau kalau nanti dapat bertanding dalam pilihanraya ke13  dibawah bendera UMNO/BN sebab silalang ini sudah mendapat firasat bahawa beliau akan kecundang apabila bertanding dalam pilihananraya dibawah tempurung bebas nanti.

Sedaya upaya untuk mempromosikan diri agar terpilih dipilihanraya nanti.

Kesian!.....Kesian!.....Kesian!.....Pada pengundi pengundi Pasir Mas

Kesian!.....Kesian!.....Kesian!.....Masih terkapai kapai


Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman mendapat reaksi berbeza-beza daripada pertubuhan bukan kerajaan dengan Perkasa menyokong padu akta baru ini atas alasan ia penambahbaikan berbanding peruntukan sedia ada.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Akta Perhimpunan Awam masih memberi kebebasan berhimpun dan tidak menyekat kebebasan untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan secara aman.
“Kerajaan bagus, akta baru ini sebenarnya untuk keselamatan rakyat untuk memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan, malah kerajaan tetap beri peluang untuk rakyat bersuara, cuma bezanya di kawasan-kawasan yang betul, dan dalam keadaan yang selamat dengan kawalan pihak berkuasa,” katanya.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, sekiranya berlaku demonstrasi dan perhimpunan terbuka yang tidak terkawal, penjenayah akan mengambil kesempatan terhadap situasi itu.
“Negara kita ini dipenuhi pendatang asing, ada di antara mereka yang tidak bekerja, menjadi penyamun, perompak, dan sebagainya, sekiranya berlaku demonstrasi, mereka akan gunakan peluang itu untuk melakukan jenayah.
“Sebab itu kerajaan benarkan buat perhimpunan di kawasan yang tertutup seperti dewan dan stadium, negara kita ada banyak dewan, banyak stadium, gunakan sahaja,” jelasnya lagi, yang bersetuju kerajaan mengharamkan perhimpunan dibuat dikawasan masjid dan rumah ibadat.
Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak menolak kebebasan bersuara sebagai elemen dalam hak asasi manusia dan amalan negara demokrasi, namun begitu jelasnya, sekiranya aspek keselamatan terabai, sistem demokrasi sendiri tidak akan berfungsi.
“Memanglah kebebasan bersuara ini hak asasi manusia dan demokrasi, tapi kena ingat, tanpa keselamatan, demokrasi mati,” katanya.
Menyuarakan sokongannya, Ibrahim turut menjelaskan, sekiranya penganjuran perhimpunan diadakan di kawasan bertutup sekalipun, ia tetap akan terdedah ekoran perkembangan zaman media baru yang pesat.
“Sekarang ni bukan macam zaman dulu, sekarang ni dah ada media baru, kalau kita buat perhimpunan dalam dewan sekalipun, tidak lama selepas itu kita sudah boleh lihat di Youtube, Facebook, dan sebagainya.
“Akta perhimpunan aman ini perkara baik, banyak pembaharuan yang dibuat kerajaan, dalam undang-undang ini ada peruntukan yang membolehkan mereka yang didapati bersalah dikenakan tindakan, undang-undang sebelum ini tidak,” jelasnya lagi.
Sementara itu, kenyataan berbeza dikeluarkan oleh Jingga 13, yang menolak penggunaan akta ini kerana dilihat bercanggah dengan ketetapan Perlembagaan yang menyatakan rakyat berhak untuk berhimpun dan bersuara tanpa mengira lokasi dan tempat.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, negara yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya menyekat sebarang tindakan dan usaha rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pendirian mereka.
“Perkara ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengekang suara rakyat, sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya.
Jelas Fariz, setakat ini belum pernah lagi berlaku perkara sabotaj atau keganasan melampau ketika perhimpunan atau demonstrasi dilakukan.
Menurutnya, dengan menetapkan kawasan-kawasan larangan sebenarnya telah menyekat secara langsung tindakan dan peluang untuk masyarakat menyatakan pendirian mereka.
“Kalau semua tempat tak boleh nak berhimpun, selepas ini nak berhimpun di mana?... ini sememangnya usaha berterusan kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara dan bertentangan dengan hak asasi manusia dan juga Perlembagaan Persekutuan,” katanya yang mempersoalkan tindakan kerajaan menggubal akta tersebut.
Undang-undang itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama semalam, menyediakan peruntukan tidak boleh ada perhimpunan di kawasan 50 meter di lokasi-lokasi larangan seperti sekolah, hospital dan tempat beribadat.
Sependapat dengan Fariz, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Che Abd Razab berpendapat, sebagai mahasiswa, mereka menolak sekeras-kerasnya usaha kerajaan mengeluarkan undang-undang baru tersebut kerana dilihatnya bercanggah dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan.
“Berdasarkan Perkara 30, Deklarasi Hak Asasi Manusia, tiada undang-undang lain yang boleh digubal tanpa berpegang kepada prinsip Perlembagaan yang menjaga kebebasan hak asasi manusia,” katanya.
“Oleh yang demikian, usaha kerajaan ini sebenarnya adalah untuk memastikan survival politik, atau politik sempit yang diamalkan kerajaan sekarang dapat diteruskan,” katanya.
“Kerajaan juga berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini telah menghadapi demonstrasi-demonstrasi yang bermula di kawasan masjid, seperti di Masjid Negara.
“Sekiranya dilihat dalam aspek lain, sebenarnya kerajaan cuba menyekat sebarang perhimpunan dengan meletakkan masjid dan rumah ibadat sebagai kawasan larangan, kerana kita melihat, setiap perhimpunan akan bermula di masjid,” katanya.
Jelasnya lagi, sekiranya benar perhimpunan itu mendatangkan gangguan, bukan kerajaan yang sepatutnya mengeluarkan peraturan sedemikian, sebaliknya, pihak kawasan ibadat itu yang harus mengeluarkan kenyataan menghalang demonstrasi diadakan di kawasan mereka.
Syukri turut mendesak kerajaan untuk bersikap lebih matang dan tidak seharusnya menyekat kebebasan bersuara rakyat kerana itu adalah hak rakyat yang berteraskan hak asasi manusia.
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dibentangkan di Parlimen semalam, selaras dengan pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis — memberi kebebasan kepada perhimpunan tetapi dengan beberapa syarat.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com