Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday 3 December 2011

NFC: Pertahan Shahrizat tapi mahu penjelasan





Walaupun Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dikaitkan dengan isu Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) beberapa perwakilan Umno yang ditemui hari ini mempertahankan beliau tetapi menggesa beliau memberi penjelasan berhubung kontroversi itu.

NONEPerwakilan Pahang, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mengadu
kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akar umbi menghadapi masalah untuk menerangkan isu yang melibatkan pemimpin parti.

"Tolong pemimpin teratas jangan buat kontroversi, kami di bawah susah nak jawab, yang terakhirnya NFC.

"Tolonglah presiden pastikan kemenangan untuk kita," kata Wan Amizan ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Beberapa perwakilan yang ditemui Malaysiakini turut bimbang dengan timbul isu ini.

Mereka bimbang ia membuatkan ada di kalangan akar umbi yang "percaya" dengan tohmahan yang dimainkan oleh pembangkang itu.

"Walaupun ianya tohmahan, ia juga akan menjejaskan parti. Ada akar umbi tetap akan percaya," kata perwakilan Kota Raja, Misnan Ahmad.

Bahkan beliau juga mempercayai isu tersebut bagus didedah sebelum pilihan raya, kerana membolehkan pihak berkuasa menyiasat.
azlan"(Bahkan) Umno juga tidak pernah melindungi pemimpin tidak betul," katanya sambil menegaskan ianya tidak menjejaskan peluang Shahrizat sebagai calon boleh menang.

Perkara yang sama juga, dikongsi bersama oleh setiausaha Umno bahagian Telok Intan Yahaya Hasan yang mengakui akan ada di kalangan akar umbi yang mempercayai tohmahan pembangkang itu.

Sehubungan itu, kedua-dua perwakilan  mencadangkan supaya Shahrizat mengadakan majlis penerangan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kontorversi yang dikaitkan dengan beliau.

"Jelaskan di media tidak cukup, kena turun padang, mengerah jentera penerangan (Wanita) menerangkan perkara (sebenar yang berlaku)," kata Yahaya sambil menegaskan ia tidak menjejaskan Shahrizat.
NONEPerkara yang sama turut dikongsi oleh perwakilan Puteri Labis Norrulhuda Marsidi juga bersetuju dengan mencadangkan Wanita menerangkan perkara tersebut bagi menangkis isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Tegasnya, isu tersebut tidak menjejaskan Shahrizat sebagai calon boleh menang dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, semua perwakilan yang ditemui bersetuju dan
bersependapat bahawa kontroversi itu tidak menjejaskan peluang Shahrizat sebagai  "winnable candidate" dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka berpendapat isu tersebut merupakan "tohmahan" yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

Mereka juga mengatakan bahawa Shahrizat "tidak kaitan dan tak ada kena mengena" kerana ianya tidak diuruskan oleh Shahrizat tetapi diuruskan oleh suami Shahrizat.
azlanBeberapa perwakilan itu juga turut menyatakan bahawa siasatan pihak polis menyatakan tiada unsur-unsur pecah amanah dalam pengurusan projek tersebut.

"Ia tidak menjejaskan beliau sebagai 'winnable candidate'. Pembangkang akan mencari apa sahaja isu, cari kesalahan, akan cuba isu itu dan ini.

"Setiap isu akan dimanipulasi sebaik mungkin," kata  Yahaya.

Sementara itu, perwakilan Tasek Gelugor Azizah Mohamad juga berpendapat isu tersebut tidak menjejaskan ketua wanitanya.

"Beliau ada keistimewaan tersendiri, beliau kerja daripada awal... Saya rasa tidak jadi masalah (untuk jadi calon boleh menang," katanya.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com