Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday 14 December 2011

PKR: Dzulkifli diarah cuti lapan bulan, penyeneraian Felda diragui




PKR hari ini mendakwa Datuk Dzulkifli Abd Wahab digantung tugas sebagai pengarah besar Felda bagi membolehkan kerajaan meneruskan urusan penyenaraian tahun depan, yang turut mendapat bantahan sebahagian besar peneroka baru-baru ini. Pada sidang media di sini hari ini, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, arahan daripada perdana menteri agar Dzulkifli mengambil cuti selama lapan bulan bertujuan memastikan beliau tidak menjadi penghalang kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, yang baru-baru ini turut menggantikan Dzulkifli sebagai Pengerusi Koperasi Permodalanan Felda (KPF).
Bekas timbalan presiden PKR ini berkata, Dzulkifli digantikan sebagai Pengerusi KPF ketika beliau berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

“Beliau digantikan ketika menunaikan umrah. Dan, kini digantung sehingga Julai atau Ogos tahun depan iaitu tempoh selepas penyenaraian. Ini semua sangat meragukan.
“Mereka bertindak di belakang beliau,” kata beliau di sini.
Surat arahan bercuti itu berkuat kuasa Jumaat lalu dan Dzulkifli telah berlepas ke London Ahad lalu untuk melanjutkan pengajian lanjutan sepanjang tempoh itu.
Semalam,  Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan menyerahkan memorandum sokongan kepada Dzulkifli meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekalkan jawatan pengarah besar beliau dengan membatalkan surat arahan bercuti.
Pengerusinya Mazlan Aliman berkata Najib mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.
Penyenaraian yang dijangka dijalankan pertengahan tahun depan turut dibantah oleh peneroka atas alasan mereka tidak mendapat maklumat tepat dan menyeluruh.
Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.
Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat  Isa sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan “huru-hura” dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com