Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Tuesday, 17 January 2012

Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'






Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.


Perjuang agama islam konon! Bangang tak sudah sudah. Biasalah orang kalau dah terdesak hilang segala pertimbangan dan kewarasan fikiran.

Sendiri yang ujudkan masalah sendiri tanggunglah. Dah kena terajang keluar, buat lah cara dah kena terajang. Tak payah sibuk sibuk nak kritik orang ini, orang itu pula. Tak ada kerja lain ke.

Sekarang terserlah sudah pendirian engko selama ini. Engkolah bapa segala parasit dalam parti PAS. Engko gunting dalam lipatan dan engko jugalah api dalam sekam. Membakar kawan kawan dari belakang secara senyap senyap


Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.


Kenapa baru sekarang engko bersuara. Kenapa dulu ibarat lembu lembu UMNO yang dicucuk hidung, diam macam tikus mondok. Sebenarnya kau tak setanding pun dengan nama nama yang telah engko kritik. Jauh panggang daripada api. Kerana mulut badan binasa, kerana ikut kata hati mampus lah engko.

Kah!....kah!....Kah!....usah perdulikan sibakal lembu ini

kah!....kah!....Kah!....Yang penting sekarang...

Lawan tetap lawan!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

NONEMursyidul am PAS berkata, tindakan Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada  Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.
pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliBeberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakinidi kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.

"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu.

'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah'
Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri.

"Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai.

"Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri Muda daripada parti itu.

"Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. "
azlanSementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal".

"Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh.

"Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya.

Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat.

Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama.

Hasan bayangkan tak merayu
Dalam perkembangan berkaiatan, Hasan dilapor membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang sehingga 7 Februari depan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian itu selepas merasakan perjuangan dalam PAS dikhianati oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, lapor Sinar Harian.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” beliau dipetik sebagai berkata dalam Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com