Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 29 April 2012

Polis tembak gas pemedih mata, meriam air kala penunjuk perasaan merempuh benteng





  • Siapakah mereka?
  • Mengapa mereka tidak memakai T-shirt Bersih?
  • Mengapa mereka melihat sangat teruja untuk melanggar sekatan polis?



KUALA LUMPUR, 28 April — Polis telah melepaskan meriam air serta gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan yang merempuh benteng di depan Dewan Perbandaran Kuala Lumpur (DBKL) menuju ke Dataran Merdeka, mengakibatkan suasana huru-hara.

Beberapa peserta rombongan 15,000 orang dipimpin Azmin Ali telah merempuh benteng untuk bergerak ke arah Dataran bersejarah itu, menyebabkan pihak polis telah menembak air mengandungi bahan kima serta bejana gas pemedih mata.

Air ditembak polis sejauh premis DBKL berhampiran Jalan Parliment, dan dengan tembakan itu, orang ramai di Dataran lari bertempiaran dengan adanya perserta ditahan.

Polis kini terus bergerak melalui Jalan Tun Perak dan menembak gas pemedih mata ke rombongan di Masjid Jamek.

Arahan telah dikeluarkan kepada polis untuk tidak terus menembak meriam air dan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Pemerhati daripada aktivis LoyarBurok berkata, “gas pemedih mata ditembak tanpa member amaran, berterusan dan jauh ke dalam khalayak orang ramai”.

Orang ramai di Lebuh Pasar Besar kini telah menolak banteng dan lebih kurang 30 polis yang memegang baton, perisai dan memakai topeng gas telah menghalang pergerakan mereka ke Dataran Merdeka.

FRU kemudian melepaskan meriam air dan gas pemedih mata setelah orang ramai enggan bersurai.

Pemimpin Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang perjalanan mereka oleh trak polis berhampiran kompleks membeli-belah Sogo.

Trak itu telah berpusing ke arah Dataran Merdeka dan kumpulan itu kini bergerak sepanjang Jalan Raja Laut ke Dataran.





ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com