Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 15 October 2011

2 madu pakat tuntut cerai






Hai..... senang dalam hati kalau beristeri dua tetapi jangan sampai,  hai.....pecah tembelangggg.
Kalau dua duanya merajuk.....ana kawin tigaaaaa.....

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Dunia.....Dunia.....

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Secebis coretan kehidupan

KUALA LUMPUR - “Saya tolak untuk berdamai dan tidak membawa wakil keluarga sebagai jawatankuasa pendamai bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga kami,” kata Marziana Zakaria dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Marziana bersepakat dengan madunya, Siti Shahina Abdul Rahim untuk meneruskan permohonan cerai terhadap suami mereka, Liaquat Ali kerana mendakwa tidak tahan dengan perangai lelaki itu sering memaki dan memukul mereka. Terdahulu, Marziana yang juga isteri kedua dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata, dia khuatir sikap kasar suaminya menarik dan mengheretnya selepas dia memfailkan permohonan cerai secara baik pada prosiding sebelum ini. “Saya juga mahukan cadangan daripada pihak mahkamah apa patut dilakukan dengan kejadian yang menimpa saya pada prosiding lalu berikutan khuatir perkara sama berulang,” katanya.
Shaiful Azli menasihatkan Marziana membuat laporan polis untuk mendapat perintah perlindungan. Dalam prosiding sama, Siti Shahina juga mahu meneruskan permohonan cerai terhadap Liaquat dan tidak membawa wakil keluarga sebagai jawatankuasa pendamai.
Marziana dan Siti Shahina masing-masing selaku plaintif menamakan suami mereka sebagai defendan. Ketiga-tiga pihak masing-masing tidak diwakili peguam syarie.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Shaiful Azli, Liaquat mendakwa dia tidak mahu menceraikan kedua-dua isterinya, namun gagal untuk berdamai dengan mereka.
“Marziana membawa anak kami bersama dan tidak tahu di mana dia tinggal sekarang. Dia juga tidak dapat dihubungi melalui telefon menyebabkan sukar untuk kami berbaik semula,” katanya.
Dalam prosiding itu, Liaquat menafikan dakwaan Marziana dia bertindak kasar selepas prosiding sebelum ini.
Namun, Shaiful Azli menegur defendan dengan memaklumkan semua butiran itu boleh dikemukakan ketika perbicaraan nanti.Shaiful Azli dalam keputusannya memerintahkan kedua-dua pihak melantik peguam selain memerintahkan kedua-dua plaintif membatalkan permohonan cerai secara baik yang difailkan dalam prosiding sebelum ini dan memfailkan tuntutan fasakh.
Mahkamah menetapkan 14 November ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com