Pada pada lah kalau nak klentong tu. Hanya orang orang jahil macam UMNO je yang percaya cerita cerita macam ini. Jangan suka suka main sambar gambar siapa siapa je, silap haribulan kantoi kena saman balik. Nasib baiklah siAnya tak mau ambil kisah.
Dah puas memfitnah pada empunya badan tapi tak jalan jalan juga, anak empunya badan pulak jadi sasaran. Tak ada otak punya orang. Disebab kemaruk ideal maka sengaja direka reka cerita yang bangang lagi bongok.
Kemaruk!.....Bongok!.....Kemaruk!.....Bongok!.....
kah!.....Kah!.....Kah!.....Kah!.....
TERKINI Jaguh catur asal UK, Anya Sun Corke telah mengeluarkan kenyataan rasminya menafikan beliau pernah bertemu anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, berusia 16 tahun itu. Beliau turut menyatakan rasa simpati beliau kepada remaja itu “yang dimalukan dengan pelbagai tohmahan tidak benar”.
Anya pencatur bertaraf dunia itu terkejut dan marah bila beliau diheret ikut “khabar angin yang tidak benar dan menghina” angkara sebaran blog pro-UMNO, satu lagi tamparan ke muka Perdana Menteri Najib Razak dan parti pimpinannya.
“Ini bukan sesuatu yang remeh. UMNO dan Najib sekali lagi memalukan nama baik negara. Mereka harus berhenti segera dari memerintah Malaysia," ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
UMNO memalukan diri sendiri dan nama baik negara
Blog pro-UMNO yang diuruskan oleh ketua bahagian Bukit Gelugor Novandri Hasan telah menyiarkan gambar Anya duduk bersebelahan anak lelaki Lim Guang Eng itu. Mereka menuduh remaja itu telah melakukan perlecehan seksual yang mengakibatkan dia dipindahkan dari Sekolah Heng Yee ke Sekolah St. Xavier di Pulau Pinang. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk menjatuhkan maruah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang semakin popular di kalangan penduduk Pulau Pinang.
“Saya tidak pernah bertemu atau kenal orang-orang yang terlibat. Dan saya juga tidak pernah diperlaku secara fizikal dalam apa cara sekalipun. Saya tidak pernah diperlaku dalam apa cara sekalipun oleh remaja itu mahupun keluarganya,” Anya dipetik dari kenyataannya.
“Hanya penyebaran dan penerbitan gambar dan cerita tentang saya dengan tuduhan dan khabar angin menghina itu telah membuatkan “diri saya dicabul.”
Jaguh catur dunia berusia 21 tahun itu ialah penuntut Wellesley College di Amerika. Anya ialah jaguh catur bahagian wanita dan antara pemain catur terkemuka dari Hong Kong. Beliau kini mewakili England dan sebelumnnya memenangi beberapa pertandingan catur terbuka Hong Kong pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2008.
Di dalam kenyataannya, Anya menyatakan beliau tidak pernah mengunjungi Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu, dan terkejut, kesal dan bingung bagaimana gambarnya digunakan dengan cara yang jahat tanpa pengesahan dan pengetahuannya.
“Saya ingin merakamkan rasa simpati saya kepada remaja itu yang telah dimalukan dengan tohmahan yang tidak benar. Saya berharap rakyat Malaysia dan pihak media boleh menghormati diri saya dan mengelak dari membuat sebarang hubungan tanpa pengesahan dari diri dan keluarga saya, rakan-rakan kolej, pertubuhan catur dan mana-mana yang berkaitan,” kata Anya.
Apa yang Anya tidak tahu?
Sesungguhnya Anya memang tidak tahu menahu tentang parti yang memerintah Malaysia sangat gemar perihal seks.
Ia bermula sejak tahun 1998, bila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad cuba meyakinkan dunia antarabangsa tuduhan liwat Anwar Ibrahim itu benar guna mematikan karier politiknya. Walaupun kesannya besar kepada negara dan ‘sudah terang lagi bersuluh’ yang tuduhan itu direka-reka, Mahathir tetap berkeras menghancurkan karier politik Anwar. Kekejaman Mahathir itu hanya boleh difahami dengan satu tujuan – untuk terus berkuasa selama-lamanya.
Perkara yang sama berlaku lagi pada tahun 2008, bila Perdana Menteri sekarang, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor didakwa menggunakan taktik Mahathir, mereka-reka cerita untuk ‘menggantung’ Anwar dengan dakwaan yang sama untuk tujuan yang sama – terus berkuasa.
Dalam tempoh tiga tahun ini, politik keji telah digunakan secara besar-besaran oleh para pembesar UMNO – mengetahui yang mereka akan lingkup – menggunakan isu seks yang menjijikkan terhadap musuh politik mereka. Mereka tidak mempedulikan cemuhan rakyat jelata yang risau nama baik negara akan tercemar. Dendam dan keinginan untuk terus berkuasa telah menjadi senjata ampuh menghalalkan apa sahaja cara.
“Tidak ada ungkapan untuk segala perbuatan mereka ini. Kes liwat yang direka-reka sangat memalukan, video seks Datuk T adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan dan menggunakan Anya adalah satu perbuatan yang bodoh,” ujar Jui Meng.
"Kesemua ini adalah satu kerja gila dan amat merbahaya kerana UMNO beranggapan asalkan serangan itu ditujukan kepada PKR, DAP atau PAS, ia adalah wajar dan berasas. ‘Buatlah Apa Sahaja’ ialah slogan hidup mereka selama ini, yang semakin hari semakin tidak boleh dibiarkan lagi. Terdesak atau tidak, UMNO harus bertanggungjawab.”
Tidak boleh berpatah balik lagi
Memang benar, ramai pemimpin UMNO telah melangkau titik dimana mereka tidak boleh berpatah balik lagi. Mereka berdegil mempertahankan kenyataan mereka seperti yang dibuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menghalalkan perlecehan seks.
Graduan Universiti Oxford yang mempunyai dua orang anak itu tidak tahun membezakan kenapa ianya salah menyerang remaja berusia 16 tahun yang sepanjang usianya akan dilabel ‘gila seks’ di dalam gambar yang dipalsukan, berbanding dengan gambar-gambar anak pemimpin Menteri Kabinet UMNO yang jelas tidak ditokok-tambah banyak di dalam laman internet, berkepit dalam kemewahan bersama teman wanitanya.
Yang melegakan, tidak semua pemimpin UMNO bersetuju dengan Khairy.
“Sekiranya ia tidak benar, pihak polis harus mengambil tindakan terhadap blogger itu. Parti UMNO juga harus mengambil tindakan terhadap perbuatan Dr. Novandri itu,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin.
“Pertama sekali, sebelum menuduh sesiapa, periksalah dahulu. Saya ingin mengingatkan semua ahli politik, tidak kira dari Kerajaan atau Pembangkang untuk tidak mengheret anak-anak mereka ke dalam kancah politik,” ujar Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.
Mungkin masanya untuk Majlis Tertinggi UMNO melakukan pembersihan menyeluruh di dalam parti itu bermula dengan Presidennya Najib Razak.
Sejak dilantik menjadi Perdana Menteri bulan April 2009, beliau telah memalukan negara dalam banyak hal termasuk kes rasuah dan skandal seks, tak lupa juga tindakannya yang membuli rakyat berhimpun aman menuntut pilihanraya bersih dan adil yang mana telah mendapat reaksi keras dari Amerika, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan kritikan secara tidak langsung dari Permaisuri England, Ratu Elizabeth.
No comments:
Post a Comment