Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Wednesday 19 October 2011

Blog Umno guna gambar juara catur serang anak Guan Eng





Kah!.....kah!.....Kah!.....Kantoi!

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Katoiiii!

Jangan salahkan sesiapa, kalau selepas ini gambar bini ngko orang, gambar anak anak ngko orang keluar dalam blog blog lain. Aku sudah perasan sebuah blog telah pun menyiarkan berita tentang anak seorang KM.

Aku percaya selepas ini, bertambah tambah lah cerita pasal anak bini ngko orang.

Kah!.....Kah!.....Kah!.....Tungguuuuuuuuu!

kah!.....Kah!.....Kah!.....Terima aje lah nanti..


KUALA LUMPUR - DAP hari ini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.
Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.
Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.
Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.
“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.
“Mereka telah cuba untuk memfitnah anak lelaki Lim Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan (menyebarkan) berita gangguan seks yang sengaja direka,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Menurut laman web Wikipedia, Corke memenangi Kejuaraan Kebangsaan Hong Kong pada 2004, 2005, 2006 dan 2008. Dia merupakan juara kebangsaan paling muda.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com