Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Friday 28 October 2011

Dr M tunjuk belang: Malaysia hanya perlu hak asasi terhad




S
eperti yang dijangka, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menyokong komentar yang mengkritik hak asasi manusia daripada bekas ketua polis yang telah membantunya berjaya mendakwa dan memenjarakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat palsu.
Abdul Rahim Mohd Noor, bekas Ketua Polis Negara yang telah mengaku membelasah Anwar di dalam lokap polis dan melebamkan matanya sewaktu penahanannya pada tahun 1998, sehari yang lepas telah mengkritik seruan pembelaan hak asasi manusia di Malaysia adalah sama dengan komunis. Kata-katanya dilihat merendah-rendahkan perubahan dan pergerakan politik baru yang diseru oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Pada hari Isnin, Mahathir mempertahan pendirian Rahim, dengan berkata Malaysia patut menyokong hak asasi manusia hanya sebanyak mana yang mampu dan jangan endahkan pengkritik-pengkritik yang meminta hak-hak berlebihan.
“Secara umumnya, kita harus menyokong hak asasi manusia tetapi sekadar yang kita mampu. Kalau kita mahu memberi hak berlebihan seperti yang berlaku di negara Barat, sehinggakan di mana lelaki boleh kahwin lelaki dan perempuan boleh kahwin perempuan, itu tidak perlu,” Mahathir memberitahu sidang media.
Tidak lagi dihormati, dilihat sebagai akar punca kejahatan di Malaysia
Mahathir, yang memerintah dengan kuku besi selama 22 tahun sehingga tahun 2003, juga memberi alasan bahawa Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dan menghadapi “beberapa pembatasan” yang menghalangnya daripada menjadi lebih terbuka dalam pendekatannya.
Beliau juga merujuk kepada orang jahat kegemarannya, Amerika Syarikat, menegaskan bahawa dari segi rekod hak asasi manusia ianya lebih teruk daripada Malaysia. “Kita tahan orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mereka menahan orang tanpa undang-undang dan malah menyeksa mereka,” katanya.
Tetapi zaman di mana rakyat Malaysia akur dengan politikus usang sudah pun berakhir. Mahathir sekarang dilihat sebagai jenama buruk, meninggalkan rasa pahit di sebalik usahanya untuk menonjolkan peninggalannya dengan sebuah auto-biografi yang dihentam di atas percubaan jelas untuk menulis semula sejarah.
“Ia adalah hujah yang tidak munasabah,” N Surendran, Naib Presiden PKR memberitahu Malaysia Chronicle.
“Sudah tiba masanya untuk Mahathir bertaubat dan memohon maaf di atas semua kenyataan perkaumannya, rasuah yang berleluasa dan politik kotor yang berlaku di negara ini,” MP Taiping Nga Kor Ming memberitahu Malaysia Chronicle.
Rasuah peninggalan terbesarnya
Lakukanlah apa yang dia mahu, Mahathir kelihatannya akan diingati dengan rasuah yang sangat berleluasa yang telah bersebati di Malaysia sewaktu eranya. Beliau dan kroni-kroni bisnesnya telah didakwa mengumpul berbilion-bilion dalam semua sector industri, terutamanya daripada kontrak-kontrak minyak daripada firma petroleum negara Petronas.
Mengelak daripada dakwaa jenayah dan pendedahan jalinan-jalinan penipuan dipercayai yang sedang ada di fikiran Mahathir dalam usaha berterusannya untuk memaksa keinginan politiknya di negara ini. Tetapi seruan-seruan telah meningkat di negara ini untuk menghakmilik negarakan aset-aset yang didapati diperoleh daripada rasuah apabila Pakatan memenangi kerajaan persekutuan nanti. 



No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com