Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 23 October 2011

Jenazah disimpan di pasar, akan diserahkan kepada keluargannya








M
ISRATA - Keluarga Muammar Gaddafi menuntut jenazah bekas pemimpin Libya yang digulingkan untuk dikebumikan mengikut tradisi orang Islam.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi stesen televisyen pro-Muammar berpejabat di Syria, keluarga Muammar mahu jenazah pemimpin itu, anak Mo’tassim dan mereka yang terbunuh Khamis lalu di bandar kampung halamannya Sirte diserahkan kepada mereka.

“Kami meminta PBB, Pertubuhan Persidangan Islam dan Amnesty International agar memaksa Majlis Peralihan (Kebangsaan) menyerahkan jenazah mereka kepada suku kami di Sirte dan membenarkan mereka mengadakan upacara mengikut budaya dan prinsip Islam,” kata kenyataan itu.
Di Misrata, komander tempatan Addul-Salam Eleiwa menunjukkan jenazah Muammar yang diletakkan di atas satu tilam dalam lepuh sejuk di sebuah pasar dengan kesan peluru dapat disaksikan di bahagian kepalanya.
“Beliau (Muammar) akan mendapatkan haknya, seperti mana-mana Muslim.
"Jenazanya akan dimandikan dan akan dilayan dengan penuh maruah. Saya menjangkakan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam dalam 24 jam,” katanya lagi.
Berpuluh-puluh orang, ramai dengan telefon bimbit berkamera membanjiri kawasan pasar untuk melihat jenazah Muammar.
“Ada sesuatu dalam hati kami, kami hendak keluarkan,” kata Abdullah al-Suweisi, 30, ketika ia menunggu giliran.
“Ini adalah ketidakadilan selama 40 tahun. Ada perasaan benci di dalam. Kami hendak lihat dia,” katanya.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com