Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Sunday, 23 October 2011

Kelab Isteri Taat cuba cetuskan kontroversi






Kelab Isteri Taat sekali lagi cuba mencetuskan kontroversi apabila pengasasnya mendakwa seorang lelaki boleh membuat hubungan seks dengan semua isterinya serentak.
Pengasas kelab berkenaan, Hatijah Aam yang juga penulis buku kontroversi, Seks Islam Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia' berkata apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian yang tertinggi dia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan boleh melakukan hubungan seks dengan isteri-isternya walaupun mereka berada di tempat yang berasingan.

“Kita tidak pernah mengatakan seorang suami boleh mengadakan hubungan intim dengan semua isterinya serentak dalam satu bilik yang sama. Ini tidak dibenarkan,
“Apa yang kita maksudkan adalah apabila seorang lelaki mencapai tahap kerohanian yang tinggi, dia dibenarkan serta mempunyai keupayaan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri-isterinya secara rohani,” katanya
"Ini adalah cara bagi seorang lelaki memuaskan nafsu mereka," katanya pada sidang media di Mekah, Arab Saudi yang disiarkan melalui laman sosial, Skype.
Kumpulan berkenaan sedang melancarkan buku kontroversi mengenai seks walaupun menerima protes daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.
Hatijah berkata buku berkenaan akan dilancarkan diperingkat global termasuk Singapura, Indonesia, Australia, Mesir, Syria, Jordan, Britain dan Perancis.
Bagaimanapun kumpulan berkenaan tidak berminat untuk memasarkan buku tersebut di Malaysia.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com