Panas!
'Jelas kelihatan, dalam beberapa bulan kebelakangan ini Mahathir semakin lantang bersuara di atas rasa tidak puas hatinya terhadap Najib Razak, yang dilihat ramai sebagai kurang cekap dan ditakdirkan untuk membawa BN dan UMNO kepada kekalahan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang'.
Ini menandakan ada kepincangan krisis dalaman antara mereka.Kelihatannya Mahathir masih merupakan orang nombor satu dibelakang tampok pemerintahan Najib dan kerajaannya. Beliau masih berpengaruh di Putrajaya dan juga di dunia korporat di Malaysia, di mana orang-orang terkaya dan peniaga-peniaga paling berkuasa berhutang budi dengan campurtangannya sewaktu beliau masih perdana menteri.
Kesian!.....Kesian!.....Kesian!.....Adakah Mahathir akan merampas kembali tampok pemerintahan daripada Najib??????
Mengejutkankah apabila kroni rapat Mahathir Mohamad muncul dalam berita? Hanya tunggu masa sahaja sebelum keluar berita-berita yang menunjukkan keadaan tidak semuanya baik untuk ahli-ahli periagaan ini, yang menjadi terlampau kaya semasa pemerintahan Mahathir di Malaysia.
Ananda Krishnan, yang sudah lama dianggap sebagai kroni terdekat mantan Perdana Menteri itu, sedang berada dalam masalah di India. Untuk orang ramai yang mengikuti perkembangan ekonomi negara di mana perniagaan besar berkait rapat dengan politik, ini merupkan sebuah ironi.
Ananda dan Senior Eksekutif Maxis Ralph Marshal terlibat di dalam suatu penyiasatan oleh Central Bureau of Investigation di India yang menyatakan Dayandhi Maran, menteri Telekomunikasi negara itu terlibat dalam konspirasi jenayah, penipuan dan rasuah dalam pemberian lessen telekomunikasi kepada beberapa syarikat yang kemungkinan termasuk Maxis, di antara Februari 2004 dan Mei 2007.
Jadi kita dibiarkan untuk bertanya, sekiranya ada rasuah yang perlu dibuang, kenapa ianya perlu dilakukan oleh agensi asing? Kenapa pihak berkuasa di Malaysia selalu yang terakhir terlibat – jika mereka dapat melibatkan diri. Ingatkah kekecohan di London pada 2010 di mana Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ‘dilarang’ pada saat-saat akhir untuk mengambil kenyataan daripada penyiasat peribadi P Balasubramaniam berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya dan imbuhan Scorpene.
Perbezaan yang ketara apabila polis kewangan Perancis membuka pintu lias untuk Bala, sementara SPRM menutup pintu rapat pintu mereka! Dan maklumat daripada Bala mestilah bagus kerana pihak berkuasa Perancis telah memberi lempu hijau untuk hakim penyiasatan mendengar kes itu, yang akan bermula tidak lama lagi.
Tangan dipusing
Tetapi persoalannya belum terjawab, kenapa Malaysia terlalu ‘bergantung’ kepada ‘pertolongan’ pihak asing untuk melakukan tugas-tugas mereka sehingga penyiasatan kes rasuah harus disub-kontrakkan kepada agensi asing? Adakah SPRM takut untuk menyiasat apa-apa yang ada kaitan dengan Mahathir dan golongan elit UMNO?
Hujung-hujungnya, hampir semua perniagaan di Malaysia terkait dengan Mahathir, sebab utamanya kerana beliau terlalu lama berkuasa semenjak 1981 sehingga 2003. Dan inilah yang mungkin menyekat SPRM dan agensi-agensi lain untuk melakukan penyiasatan kelakuan rasuah di firma-firma besar di Malaysia. Ia adalah satu jaringan tua yang sukar untuk dipecahkan.
Rakyat Malaysia boleh menjangka SPRM akan berpura-pura tidak mendengar atau melihat apa yang berlaku dengan Central Bureau of Investigation India. Sudah tentunya ia akan berpura-pura buta terhadap penyiasatan ke atas Ananda Krishnan seperti yang telah dilakukan kepada kroni-kroni Mahathir Mohamad yang lain, termasuklah Tajudin Ramli ataupun Tun Daim Zainuddin malah juga Tony Fernandes.
Barangkali reputasi buruk golongan elit UMNO dan cengkamannya ke atas SPRM lebih diketahui di seluruh dunia berbanding dengan apa yang mereka akui. Ianya memberitahu bahawa akhbar Mumbai The Indian Express telah melaporkan bahawa Enforcement Directorate, badan yang melawan peaburan wang haram dan pembocoran matawang asing, telah meningkatkan penyiasatan mereka ke atas Aircel, syarikat pengoperasi telefon bimbit yang dibeli oleh Ananda dan yang sedang disiasat.
Pegawai ED akan menghantar surat rogatori, iaitu permohonan rasmi daripada mahkamah kepada mehkamah asing, ke Malaysia untuk mencari bantuan undang-undang untuk menyoal Ananda dan Marshall. Tetapi mahkamah Malaysia adalah se’bebas’ SPRM!
Keadaan bertukar
Kelihatannya empunya AirAsia Tony Fernandes juga sedar kejayaan yang paling manis itu terletak pada Mahathir, dan bukan penggantinya Abdullah Badawi atau Najib, PM yang sedang berkuasa. Dengan mendapat sokongan terbuka daripada Mahathir, bos AirAsia itu telah menjauhkan dirinya daripada Badawi dan kuncu-kuncunya, termasuklah menantunya Khairy Jamaluddin, yang dulunya mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan.
Ini menunjukkan Mahathir masih merupakan orang nombor satu di Putrajaya dan juga di dunia korporat di Malaysia, di mana orang-orang terkaya dan peniaga-peniaga paling berkuasa berhutang budi dengan campurtangannya sewaktu beliau masih perdana menteri.
Sayangnya untuk rakyat Malaysia, Mahathir bukanlah seorang yang demokratik, dan ini ‘kurang benar’, kerana beberapa tindakannya adalah benar-benar autokratik.
Sepanjang pemerintahannya beliau menolak institusi penyemakan ke atas kuasa Eksekutifnya dan berkomplot untuk membuangnya. Beliau bertindak kejam ke atas sesiapa yang membantahnya. Seawall tahun 1983 lagi, beliau membuang banyak keistimewaan yang dinikmati pihak Royalti. Beliau juga membuat Akta Keselamatan Dalam Negeri lebih teruk, kononnya untuk mengelakkan ketegangan antara kaum, dengan mebuat sekatan ke atas media, menggunakan dana kerajaan untuk memaksa pihak yang ‘tidak akur’ supaya patuh, campurtangan di dalam sistem kehakiman, dan pada 1988 memecat Ketua Hakim Negara di atas “kelakuan keji”. Jika itu tidak mencukupi, Mahathir juga memecat lima lagi Hakim Mahkamah Tertinggi untuk kepentingannya.
Tetapi Mahathir merupakan pemimpin yang paling popular dan berkuasa di Malaysia pada waktu itu. Seperti negara ini berada di dalam kabus, dengan hanya segelintir orang yang berani mencabar dan mendedahkannya. Mahathir menjadi gila kuasa, tidak membenarkan campurtangan sesiapa pun, termasuk badan-badan asing. Berpaling daripada kebijakan konvensional dan menepis apa-apa kebimbangan umum di atas krisis ekonomi Asia 1997, Mahathir memperkenalkan kawalan matawang dan meredah ribut krisis itu sambil menepis nasihat daripada IMF.
Tindakan tegasnya dalam soal dasar-dasar Bumiputra tidak menimbulkan kesan buruk seperti yang dialami di negara-negara lain seperti Indonesia. Barangkali beliau bernasib baik atau mungkin sebagai Presiden UMNO, Mahathir mempunyai kuasa yang mencuupi ke atas golongan Melayu. Keliatannya beliau masih lagi seorang yang berpengaruh sungguhpun Malaysia sudah melihat dua Perdana Menteri selepas beliau.
Bodek dan lapor
Jelas kelihatan, dalam beberapa bulan kebelakangan ini Mahathir semakin lantang bersuara di atas rasa tidak puas hatinya terhadap Najib Razak, yang dilihat ramai sebagai kurang cekap dan ditakdirkan untuk membawa BN dan UMNO kepada kekalahan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.
Jelaslah, Najib tidak akan mengambil remeh perkara ini dan sudah pasti berita-berita yang melibatkan salahlaku Mahathir dan kroni-kroninya akan muncul. Ya, ini adalah satu lagi taktik kegemaran kepala-kepala UMNO. Mereka membodek dan melapor sesama sendiri.
Langkah oleh kem Najib dengan menggunakan media untuk mendiamkan lawannya berkesan ke atas Abdullah Badawi. Dengan mudah Abdullah disenyapkan selepas berita mengenai usaha untuk merasuahnya dalam kaitan kontrak wang kertas timbul. Ianya berikutan perjumpaan antara Badawi dan Ambiga Sreenevasan, pemimpin Bersih yang telah diharamkan itu. Tetapi Mahathir bukanlah Abdullah dan tidak mudah untuk disenyapkan.
Jadi rakyat Malaysia boleh menjangka timbul banyak lagi berita hangat yang melibatkan kroni-kroni Mahathir di media-media massa sementara beliau mengenakan Najib. Dan sementara semua ini berlaku, Malaysia akan dalam keadaan terumbang-ambing semasa dunia menghampiri kemelesetan ekonomi yang diakui oleh Mahathir sendiri akan mengambil masa yang panjang untuk diatasi. Jadi untuk Ananda, wujud sedikit kesenangan, dia tidak akan bersendirian terlalu lama.
No comments:
Post a Comment