Apa la! Lorat sangat UMNO ni. Sampai syarikat surat khabar pun dia orang nak bolot. Apa la benak sangat kepala hotak dia orang semenjak dua menjaj ini. Kalau setakat sebuah syarikat surat khabar dia berjaya ambil alih, tak payah la nak banggakan dan tak payah la nak canang canang. Buat malu je.
Satu pergi, beribu..... ribu..... ribu..... ribu..... akan datang.Dia orang lupa ke? Blogger blogger ujud macam cendawan tumbuh dan asyik silih bertukar tukar ganti.Aku tak salahkan Malysiakini, mungkin dah sampai ajalnya dengan PR.
Kesian.....Kesian.....kesian.....?????
TERKINI Perubahan pengurusan yang telah dijangka berlaku pada New Strais Times kawalan UMNO itu telah mengeluarkan satu berita yang tidak disangka iaitu Malaysiakini sedang dalam perbincangan dengan Malay Mail mengenai pertukaran saham.
Sementara perubahan pada NST telah dijangka dengan mengambil kira peredearannya yang berkurangan, ia dalah satu berita mengejutkan apabila tertulis di The Malaysian Insider bahawa ahkbar web yang di antara tertua di negara ini sedang membuat pertimbangan untuk bersekutu dengan UMNO, sebuah parti yang terang-terangan menentang kebebasan media.
Ketua Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran telah menafikan kenyaaaan itu. “Tidak ada perbincangan tentang Malay Mail mendapat bahagian dalam Malaysiakini atau sebaliknya.”
Perlu dinyatakan, dikhabarkan kepala baru NST ialah Abdul Jalil Hamid, strategis media dan ketua propaganda Najib, yang terkenal dengan dakwaan yang mengatakan beliau memberi arahan kepada akhbar-akhbar tentang bagaimana untuk meburuk-burukkan perarakan Bersih 2.0 pada bulan Julai.
Aneh apabila selepas kekecohan yang disalahkan ke atas kejatuhan populariti Perdana Menteri Najib Razak itu, Abdul Jalil masih mendapat kenaikan pangkat ataupun dia merupakan kambing hitam kepada Omar Mustapha, pengarah Petronas yang juga mengurus kegiatan media Najib. Apa pun sebabnya, pemegang saham NST yang berada dalam kerugian.
Apa makna perjanian itu
Terdapat kebimbangan yang menyatakan perjanjian di antara Malaysiakini dan Malay Mail itu akan memberi kuasa kepada Abdul Jalil ke atas Malaysiakini.
Sekiranya itu berlaku, boleh dianggap bahawa UMNO dan Abdul Jalil tidak akan menggunakan propaganda ala NST apabila mereka berkuasa ke atas Malaysiakini.
Sebaliknya, propaganda BN akan disampaikan dengan cara yang lebih lembut atau ‘separa sedar’ untuk mempengaruhi sesiapa yang menggunakan internet sebagai sumber berita.
Tidak mampu dan tidak mahu untuk melakukan sebarang perubahan pada dasar-dasar kejam BN, Najib mengambil langkah untuk melakukan perubahan palsu yang diumumkannya pada malam Hari Malaysia. ‘Reform’ Najib termasuk dengan menggantikan satu akta buruk, ISA, dengan dua!
Najib kemudiannya membentangkan belanjawan yang boleh dikatakan suatu jenayah di atas percubaan terang-terangannya untuk meraih undi. Angka-angka pertumbuhan yang digunakan Najib sebagai asas perbelanjaannya adalah sasaran yang mustahil di masa kegawatan ekonomi global ini.
Setelah gagal menjual perkara ini kepada rakyat menggunakan saluran-saluran propaganda yang biasa digunakan, Najib dan UMNO sekarang cuba untuk mendapat kuasa ke atas Malaysiakini dan saluran-saluran internet yang lain untuk menyebarkan informasi salah dan penipuan mereka.
Soal harga juga menjadi perhatian penduduk alam siber. Melihat pada jumlah wang yang dibayar kepada FBC Media yang mencecah RM83 juta, dan kepada APCO sebanyak RM77 juta, apalah wang itu kepada Najib? Terutamanya apabila ianya kepunyaan rakyat!
No comments:
Post a Comment