Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday 9 January 2012

Ibrahim Ali: Nasib Anwar belum selamat jika Saiful kemuka rayuan




Si tonggong kembali mendabit dada untuk menjadi panglima hasutan. Sering menangguk di air yang kita sedia maklum telah pun keruh. Apa ke jadah katak seekor ini, sifat seorang munafik yang sering kali akan memecah belahkan perpaduan dan kestabilan rakyat marhaen sekalian.

Lagak umpama dajjal, menghasut untuk memporak perandakan kedamaian buat ketika ini. "Saya pembela nasib orang melayu. Ini darah melayu yang mengalir, oleh itu kita kena pertahankan  untuk membela nasib orang melayu".Sebahagian petikan ucapan oleh orang melayu yang menganggap dirinya pembela nasib orang melayu. Memijak bangsanya sendiri. Kemudian mendabik dada mengatakan beliau membela nasib orang melayu.Pembohong laknatul!

Kah!....Kah!....Kah!....Pergi mampus lah
Kah!....Kah!....Kah!....Sikitul barua
Kah!....Kah!....Kah!....

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Walaupun mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan “segalanya belum muktamad.”
Ini kerana jelas beliau, pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
“Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar.
“Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.
Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan  tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.
Keputusan itu diraikan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta keluarga Anwar yang turut hadir memberikan sokongan.
Menurut Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ini, semua pihak perlu menerima keputusan itu dan jangan melakukan perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.
“Sebelum ini ada pihak yang terang-terang menuduh mahkamah berat sebelah, konspirasi dan mahu rakyat menjadi hakim.
“Apa yang mereka mahu kata sekarang? Apakah mereka tidak percaya kepada keadilan mahkamah? Jika tidak serah kepada mahkamah rakyat,” katanya.


No comments:

Post a Comment

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com