Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Monday, 9 January 2012

‘Saya dibebaskan kerana tidak bersalah,’ kata Anwar



Anwar keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari 2012.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “keadilan terbukti” apabila beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat dan berjanji akan “menumbangkan” Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
“Alhamdulillah, keadilan terbukti. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan  tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.
Anwar, 64, berdepan tuduhan liwat kedua di mana beliau didapati bersalah 10 tahun lalu dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan .
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dijangka akan mempengaruhi tarikh pilihan raya umum ke-13 yang mana dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.
“Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan,” kata Anwar.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR yang memberikan sokongan.
“Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah,” kata Anwar.
 Beliau menambah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat tetapi perjuangan mesti diteruskan.
“Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula,” kata Anwar disambut laungan reformasi.
Sejak awal pagi tadi kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.
Dianggarkan seramai 5000 orang melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”.


ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com