Kanak-kanak Perempuan Mati Disyaki Didera Di Besut
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai mangsa dera meninggal dunia semasa tiba untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besut malam tadi.
Putri Nur Qtistina Balqis Abdullah dibawa ke hospital berkenaan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) setelah ibunya dan seorang wanita dipercayai keluarga angkatnya datang ke pejabat JPAM Besut untuk meminta bantuan.
Kanak-kanak malang bersama ibunya berusia 23 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal berasal dari Johor dikatakan tinggal menumpang di rumah keluarga angkat di Kampung Seberang Jerteh.