Search This Blog

Translate this Blog

+grab this

Networkedblogs

Catatan Popular

Blog Archive

Saturday, 8 October 2011

MCA: Gadis misteri tunggu kelulusan keahlian





MCA telah 'menyejukkan' keghairahan media untuk menemubual enam gadis misteri yang menjadi tajuk utama ketika perhimpunan agung Pemuda MCA minggu lalu selepas tersiarnya gambar mereka.
Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei enggan
menjelaskan status individu yang disiarkan dalam akhbar-akhbar
harian utama, tetapi mengakui sesetengah daripada 60 pemerhati, masih menunggu kelulusan keahlian mereka.

"Ada di antara mereka adalah ahli, sebahagiannya lagi telah memohon menjadi ahli, dan telah menyerahkan borang keahlian tetapi masih belum diluluskan," katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Kow berkata, ia bukan satu isu kerana mereka dijemput sebagai pemerhati dan bukan sebagai perwakilan.
"Sebenarnya kami menjemput ramai pemerhati, kami menghantar surat kepada bahagian, cawangan dan beberapa universiti untuk majlis perasmian (membuka sayap itu kepada wanita), tetapi mereka perlu mendaftar."
Ini, katanya, adalah untuk menunjukkan bahawa parti itu terbuka kepada semua.
Kow berkata demikian bagi menjawab dakwaan dalam rangkaian sosial bahawa beberapa pemerhati berkenaan bukan ahli.
Spekulasi ini dicetuskan oleh tingkahlaku pemerhati berkenaan.

ShareThis

Pelawat Sejak 30/09/11

Banner Exchange

Photobucket

e-referrer.com